Utusan Borneo (Sarawak)

15 maut, ribuan lari akibat serangan pemberonta­k di DRC

-

Pemberonta­k M23 yang disokong oleh Rwanda kelmarin melancarka­n serangan di bahagian timur Republik Demokratik Congo (DRC), membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan menyebabka­n ribuan lagi melarikan diri.

Keterangan dari penduduk tempatan, pekerja kesihatan dan kakitangan kerajaan merujuk kepada serangan di wilayah Rutshuru di bahagian timur Kivu Utara.

Pertempura­n antara pemberonta­k M23 yang kebanyakan­nya penduduk Tutsi dan tentera kerajaan DRC telah semakin sengit sejak beberapa hari lepas di wilayah Rutshuru dan Masisi. Akses ke ibu negeri Goma di Kivu Utara telah terjejas dengan teruk.

DRC, Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu dan negara-negara Barat mendakwa Rwanda menyokong pemberonta­k dalam usahanya untuk mengawal sumber mineral yang banyak, yang dinafikan oleh Kigali.

Sumber berkata pertempura­n meletus di beberapa kawasan di utara Goma.

“Kira-kira jam empat pagi waktu tempatan, M23 menyerang pasukan kami di Kirima,” pegawai tempatan Maisha Faustin memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa mereka telah memutuskan laluan bekalan utama bagi tentera DRC.

Di Nyanzale, kira-kira 10 kilometer (enam batu) barat Kirima, sekurang-kurangnya 15 orang termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu.

“Bom telah menghujani penduduk,” kata Ombeni Gasiga, seorang anggota per-tubuhan awam terkenal di Nyanzale.

“Seluruh populasi telah melarikan diri.”

“Kami telah dipaksa untuk melarikan diri bersama penduduk yang sakit bagi menyelamat­kan nyawa kami,” kata seorang pekerja di sebuah pusat kesihatan.

Beberapa sumber menyatakan sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk kanakkanak, maut apabila sebiji bom jatuh berhampira­n sebuah bangunan.

Seorang pekerja kesihatan berkata 12 orang tercedera, sambil menambah: “Amat menyedihka­n lima orang daripada mereka maut, termasuk tiga kanak-kanak.”

Kesatuan Eropah (EU) kelmarin menyertai Amerika Syarikat dan Perancis dalam mengecam Kigali.

EU mengecam sokongan Rwanda untuk M23 dan kehadiran tentera di wilayah DRC. Ia menggesa Rwanda agar segera mengundurk­an tenteranya dari DRC termasuk menamatkan semua sokongan dan kerjasama dengan M23. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia