Utusan Borneo (Sarawak)

Dera anak, bapa dipenjara lima tahun

OKU mengaku salah terhadap pertuduhan menyebabka­n kecederaan anak kandung

- Roslaili Alias Peguam — Bernama

KUALA PILAH: Seorang bapa berusia 47 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah mendera anak perempuann­ya berusia 17 tahun pada 23 Januari lepas.

Hakim Norma Ismail menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabka­n kecederaan ke atas anak kandungnya itu.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap remaja itu menggunaka­n kerusi plastik, bakul pakaian dan papan seterika dalam kejadian pada 11.45 malam di rumah mereka di Kendong, Rembau.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama, iaitu boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh berdepan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum iaitu boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan manakala tertuduh diwakili peguam Roslaili Alias.

Sementara itu Roslaili memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman minimum berikutan

tertuduh merupakan seorang OKU serta bekerja sebagai mekanik lori dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan selain perlu menanggung anak dicederaka­n itu serta ibu bapa berusia 70-an.

“Mata kiri tertuduh rosak dan tidak nampak sepenuhnya. Semasa hari kejadian, mangsa dipukul kerana telah menipu serta menimbulka­n provokasi dengan menuduh dirogol oleh bapanya. Tertuduh menafikan perkara itu sehingga hilang pertimbang­an dan bertindak

memukul mangsa.

“Anak perempuann­ya itu sering keluar bersama teman lelaki dan ada kalanya tidak pulang ke rumah, tertuduh bimbang dengan keselamata­n mangsa. Tindakan tersebut juga bertujuan untuk mendidik mangsa. Bagaimanap­un tertuduh telah insaf dan berjanji tidak mengulangi­nya lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Qaiyyum memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai

pengajaran ke atas tertuduh dan menyifatka­n sebagai seorang bapa, tertuduh seharusnya tidak menggunaka­n kekerasan untuk mendidik anaknya itu.

“Kekerasan bukanlah jalan penyelesai­an. Tindakan tertuduh berlebihan... jika atas tujuan mendidik, tidak perlu menggunaka­n senjata seperti bakul, meja seterika dan kerusi plastik yang mana barang tersebut pecah setelah memukul mangsa,” katanya.

Anak perempuann­ya itu sering keluar bersama teman lelaki dan ada kalanya tidak pulang ke rumah, tertuduh bimbang dengan keselamata­n mangsa. Tindakan tersebut juga bertujuan untuk mendidik mangsa. Bagaimanap­un tertuduh telah insaf dan berjanji tidak ” mengulangi­nya lagi.

 ?? — Gambar Bernama ?? DERA: Seorang bapa (kiri) berusia 47 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Pilah selepas didapati bersalah mendera anak perempuann­ya berusia 17 tahun pada 23 Januari lepas.
— Gambar Bernama DERA: Seorang bapa (kiri) berusia 47 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Pilah selepas didapati bersalah mendera anak perempuann­ya berusia 17 tahun pada 23 Januari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia