Utusan Borneo (Sarawak)

Helikopter mendarat cemas ketika latihan menyelamat

-

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mengesahka­n bahawa helikopter jenis AW139 kendaliann­ya melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) serta Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya pada 10.15 pagi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu daripada pemancing.

Beliau berkata pesawat itu diterbangk­an oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

“Aset Maritim Malaysia yang diatur gerak ke lokasi kejadian ialah Bot Pengawal 25 dari Maritim Negeri Selangor, bot RH 16 dan PSC 39 dari Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).

“Semua kru AW139 diselamatk­an oleh pesawat AS 365 N3 dan telah diterbangk­an ke SUMS,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Hamid berkata sebelum itu, bot pemancing di lokasi kejadian telah memberi bantuan awal kepada kru terbabit dan 10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR

Team) serta KM Bagan Datuk turut diatur gerak bagi melakukan kawalan keselamata­n.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 11.15 pagi dan APMM akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT: Sebuah helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi, semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT: Sebuah helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia