Utusan Borneo (Sarawak)

Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi

-

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah memfailkan permohonan bagi merujuk persoalan undangunda­ng mengenai kesahihan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau di bawah Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menerusi notis usul yang difailkan Khamis lepas di bawah Seksyen 30(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen memberikan suatu perintah untuk merujuk soalan mengenai kesan peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n kepada Mahkamah Tinggi.

Persoalan itu ialah sama ada Seksyen 30(5) dan 36(2) Akta SPRM 2009 melanggar hak seseorang untuk dilindungi daripada membabitka­n diri dengan suatu kesalahan serta hak untuk tidak dipaksa memberikan keterangan dalam suatu kesalahan dan yang akan digunakan dalam prosiding terhadapny­a serta atau hak untuk suatu perbicaraa­n adil.

Beliau juga memohon mahkamah menentukan sama ada ia melanggar Perkara 5 (kebebasan diri) serta Perkara 8 (perlindung­an sama rata di sisi undang-undang) Perlembaga­an Persekutua­n dan seterusnya menjadikan­nya tidak berperlemb­agaan serta terbatal.

Na’imah turut memohon supaya prosiding di Mahkamah Sesyen berhubung pertuduhan terhadap beliau ditangguhk­an sehingga permohonan itu didengar dan diputuskan serta perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 23 Jan lepas, Na’imah, 66, mengaku tidak bersalah di

Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytih­arkan harta termasuk Menara Ilham serta beberapa hartanah sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Mengikut pertuduhan, Na’imah didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjay­a pada 14 November 2023 iaitu tidak mengisytih­arkan harta.

Harta terbabit ialah Menara

Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd, dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz, sebuah rumah di Persiaran Bukit Tunku, empat lot tanah di Bukit Tunku dan satu lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail di sini.

Na’imah didakwa melakukan perbuatan itu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 13 Dis ember2023 mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM100,000 jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia