Utusan Borneo (Sarawak)

Musim baharu 2024/2025 akan memasuki satu era baharu

-

PARIS: Musim baharu 2024/2025 akan memasuki satu era baharu yang menarik dalam pertanding­an bola sepak kelab untuk badan induk bola sepak Eropah (UEFA) iaitu Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Liga Konferensi Europa.

Peraturan baharu Liga Juara-Juara akan menyaksika­n penghapusa­n format pusingan pertama seperti ketika ini, yang diubah kepada sistem baharu peringkat liga.

Format baharu kejohanan akan menyaksika­n jumlah pasukan ditambah dari 32 kepada 36, memberikan tambahan empat kelab dari seluruh benua satu peluang untuk menguji kemampuan mereka di kalangan kelab elit di Eropah.

Salah satu empat slot tambahan akan diperuntuk­kan kepada kelab yang berada di tangga ketiga dalam liga dari badan induk kebangsaan yang berada di senarai kelima ranking dalam Persatuan Kelab UEFA.

Yang lain akan diberikan kepada juara domestik satu persatuan dengan menambah jumlah kelayakan menerusi laluan Liga Juara-Juara daripada empat kepada lima, yang akan termasuk empat pusingan kelayakan.

Baki dua slot akan diberikan kepada persatuan dengan nilai purata tertinggi kelab dari musim sebelumnya.

Ini bermakna sebuah pasukan yang menamatkan saingan liga di tangga kelima dalam liga elit seperti Liga Perdana

Inggeris, berpotensi untuk mengesahka­n satu slot ke Liga Juara-Juara.

Sejumlah 36 kelab dalam sistem baharu Liga Juara-Juara akan diletakkan dalam ranking yang sama dan bersaing dalam satu format liga, menggantik­an format pusingan pertama liga mini empat pasukan dalam satu kumpulan.

Setiap pasukan akan bermain lapan perlawanan di tempat sendiri dan lawan, sementara lawan mereka akan diketahui sebaik sahaja semua pasukan dibahagika­n ke dalam empat balang senarai pilihan.

Dengan lawan yang lebih berbeza, setiap perlawanan dijangka lebih kompetetif, mengekalka­n keseluruha­n liga lebih menarik sehingga peringkat kalah singkir.

Lapan pasukan teratas dalam liga akan secara automatik layak ke pusingan 16 akhir, sementara pasukan dalam kedudukan 9 hingga 24 akan bermain playoff timbal-balik untuk memburu satu tempat ke pusingan seterusnya.

Pasukan yang berada di kedudukan ke-25 atau di bawahnya, akan tersingkir, dengan tiada peluang kedua ke Liga Europa.

Fasa kalah singkir akan mengekalka­n format yang sama tetapi senarai pasukan pilihan akan berdasarka­n kepada kedudukan terakhir liga.

Kelab-kelab yang menamatkan saingan di antara tangga kesembilan dan 16 akan diletakkan sebagai pilihan di dalam undian ke playoff kalah singkir. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia