Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea pantau Amorim, De Zerbi sebagai pengganti Pochettino

-

Hasrat Chelsea untuk menunggu sehingga ke akhir musim sebelum menilai kedudukan Mauricio Pochettino sebagai pengurus bagaimanap­un tidak menghalang kelab mengenal pasti Ruben Amorim dan Roberto De Zerbi sebagai bakal pengganti kepada pengurus dari Argentina itu.

Pochettino, yang diberikan kontrak dua tahun setibanya di Stamford Bridge pada musim panas tahun lepas, berdepan dengan masa depan tidak menentu selepas beberapa keputusan turun naik.

Penyokong kelab mengkritik Pochettino ketika pasukan mereka seri 2-2 dengan Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas dan ada keraguan sama ada Pochettino akan terus membimbing kelab pada musim hadapan.

Chelsea, yang berada di tangga ke-11 liga, masih berazam untuk tidak membuat keputusan awal dan orang penting dalam pengurusan tertinggi kelab

LONDON:

masih memberikan sokongan kepada Pochettino.

Walaupun keputusan dan prestasi pasukan tidak konsisten, ada satu pandangan di mana kelab bergerak ke arah yang betul di bawah kendalian bekas pengurus Tottenham Hotspur itu.

Pochettino masih belum hilang kepercayaa­n dari kalangan pemain muda dan dia terpaksa berdepan dengan kecederaan kepada pemain utama sepanjang musim.

Bagaimanap­un, tekanan ke atasnya selepas tewas di final Piala Liga Inggeris kepada Liverpool yang menurunkan skuad muda bulan lepas ternyata semakin meningkat.

Masa depan Pochettino dijangka akan bergantung kepada sama ada Chelsea, yang bermain menentang Leicester City di peringkat suku akhir Piala FA Inggeris pada 17 Mac, mampu layak ke pertanding­an di Eropah musim hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia