Utusan Borneo (Sarawak)

Inter Milan berkelebih­an 15 mata di puncak liga

Inter Milan turut menghampir­i kejuaraan Serie A Itali buat kali ke-20 dalam sejarah kelab

-

MILAN: Pendahulu Serie A Itali, Inter Milan, menewaskan Genoa 2-1 pada Isnin untuk menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 15 mata berbanding pencabar terdekat, Juventus ketika mereka semakin menghampir­i kejuaraan liga buat kali ke-20 dalam sejarah kelab pada Isnin.

Pemain muda, Kristjan Asllani dan pemain veteran, Alexis Sanchez menjaringk­an gol dalam tempoh enam minit di San Siro ketika Inter semakin hampir untuk mengatasi rekod kelab jirannya, AC Milan dalam koleksi kejuaraan, bermakna mereka akan memperoleh­i satu lagi bintang di lencana kelab.

Juventus ketinggala­n jauh dengan berbaki 11 perlawanan selepas teas 1-2 di Napoli pada Ahad lepas.

“15 mata adalah satu kelebihan besar,” kata Asllani.

“Tetapi kami tidak terlalu yakin, masih ada banyak lagi perlawanan untuk diharungi dan kami harus kekal fokus,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

Inter, yang dibimbing Simone Inzaghi, memburu rekod rentak kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an kepada 12 perlawanan, dengan kekalahan

15 mata adalah satu kelebihan besar. Tetapi kami tidak terlalu yakin, masih ada banyak lagi perlawanan untuk diharungi dan kami harus kekal fokus.

Kristjan Asllani Pemain tengah INter Milan

terakhir ialah di tempat sendiri dalam liga pada bulan September.

Dalam separuh masa pertama yang terbuka, pemain tengah Inter, Nicolo Barella dan penyerang Genoa, Mateo Retegui, mempunyai peluang

untuk memecah kebuntuan.

Selepas 31 minit permainan, Asllani akhirnya membuka jaringan selepas menerima umpanan cantik Alexis.

Asllani, yang mencecah usia 22 tahun pada Sabtu, menjaringk­an gol senior

pertamanya sejak Jun 2022, yang masih bermain di Empoli dan menentang Inter Milan ketika itu.

“Sejujurnya, saya menunggu begitu lama untuk gol ini dan berharap ia akan tiba di San Siro,” kata Asllani.

“Ia emosi yang istimewa untuk menjaringk­an gol di sini,” katanya.

Inter menambah jaringan enam minit kemudian dari satu tendangan penalti, dengan Alexis menyempurn­akan penalti ke-11 Inter musim ini.

Inter terus mengasak selepas rehat dengan Henrikh Mkhitaryan menguji penjaga gol Genoa, Josep Martinez pada minit ke-52 sebelum pasukan pelawat merapatkan kedudukan.

Johan Vasquez menjaringk­an gol minit ke-54 ketika Inter bolos gol ke-13 mereka dari 27 perlawanan liga setakat musim ini.

Skuad kendalian Alberto Gilardino memikirkan mereka ada menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-66 tetapi gol pertama Vitinha bersama kelab dibatalkan kerana ofsaid sebelum Inter bertahan sehingga ke wisel penamat.

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan Genoa di Stadium San Siro.
— Gambar AFP HANGAT: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan Genoa di Stadium San Siro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia