Utusan Borneo (Sarawak)

TTP rangkul Piala Pengguna MTPN 2024

-

Pasukan TTP mengunggul­i Kejohanan Futsal Piala Pengguna Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) 2024 yang berakhir di Stadium Tertutup Sibu, petang kelmarin.

Naib johan disandang pasukan IPD Sibu manakala pasukan Langmoi dan TZ FC masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Johan kejohanan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, naib johan RM1,500 manakala tempat ketiga dan keempat masingmasi­ng membawa pulang RM1,000 dan RM500.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk

Michael Tiang.

Tiang dalam ucapannya memberitah­u, sukan mampu menyatukan komuniti kerana ia dapat mempromosi­kan perpaduan dan keharmonia­n.

Menurutnya lagi, sukan tidak mengenal sesiapa baik apa agama dan bangsa kerana ia juga boleh memupuk pergaulan dengan yang lain.

“Dalam sukan kita mempunyai ramai kawan tidak kira siapa. Kita bersaing, siapa yang baik akan menang dan pada masa yang sama kita banyak jumpa orang lain yang boleh menjadi kawan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan.

Sebanyak 30 pasukan yang terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat swasta dan orang awam telah mengambil bahagian pada kejohanan tersebut yang diadakan sempena Hari Pengguna Sedunia pada 2 hingga 3 Mac dan disertai kira-kira 300 pemain.

Kejohanan itu adalah anjuran MTPN Cawangan Sibu yang mendapat kerjasama Pejabat Residen Sibu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sibu, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di mana Doremart Sibu sebagai penaja utamanya.

Hadir sama ialah Pengerusi MTPN Cawangan Sibu Lucas Lau.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Tiang (berdiri tengah, barisan belakang) bersama para pemenang, pemain dan agensi terlibat merakam kenangan selepas berakhirny­a Kejohanan Futsal Piala Pengguna MTPN 2024 di Sibu, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Tiang (berdiri tengah, barisan belakang) bersama para pemenang, pemain dan agensi terlibat merakam kenangan selepas berakhirny­a Kejohanan Futsal Piala Pengguna MTPN 2024 di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia