Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal dalam laluan pintas pendahulu

Arsenal belasah Sheffield Utd 6-0 untuk beri tekanan kepada Man City, Liverpool yang bersua pada Ahad ini dalam aksi EPL

-

SHEFFIELD: Arsenal memasuki buku rekod apabila membelasah Sheffield United 6-0 pada Isnin untuk mengekalka­n saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama-sama Liverpool dan Manchester City.

Apabila kami mempunyai bola, kami berada dalam semangat yang bagus hari ini. Mencipta banyak peluang, menjaringk­an gol di awal permainan – satu prestasi yang menarik.

Martin Odegaard, gol sendiri Jayden Bogle, Gabriel Martielli, Kai Havertz dan Declan Rice meletakkan Arsenal 5-0 di hadapan pada masa rehat sebelum Ben White melengkapk­an jaringan.

Skuad kendalian Mikel Arteta it menjadi pasukan pertama yang memenangi tiga perlawanan berturuttu­rut di tempat lawan dengan lima gol atau lebih dalam Liga Perdana Inggeris.

“Apabila kami mempunyai bola, kami berada dalam semangat yang bagus hari ini,” kata kapten Arsenal, Odegaard.

“Mencipta banyak peluang, menjaringk­an gol di awal permainan – satu prestasi yang menarik.”

Berbeza dengan Sheffield United, mereka juga mencipta rekod yang tidak diingini apabila menjadi kelab pertama dalam Liga Perdana Inggeris yang bolos lima atau lebih banyak gol dalam tiga perlawanan berturut-turut di tempat sendiri.

“Ia adalah musim yang sangat sukar dan pemain

Martin Odegaard Kapten pasukan Arsenal

kini dalam kumpulan pemain yang terjejas teruk,” kata pengurus Sheffield, Chris Wilder.

“Mereka (Arsenal) berada dalam liga berbeza, bumi yang berbeza berbanding kami. Kami tidak dapat mengekang mereka.”

Tempoh 31 gol dalam tujuh kemenangan liga berturuttu­rut Arsenal sejak rehat musim sejuk telah membina kelebihan besar berbanding pesaingnya jika kejuaraan liga ditentukan dengan perbezaan gol.

Mereka bagaimanap­un

kekal di tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dan satu mata di belakang juara bertahan Manchester City.

Bagaimanap­un, Arsenal boleh melonjak ke tangga teratas jika menewaskan Brentford Sabtu ini, menjelang

pertemuan di antara Liverpool dan City di Anfield pada Ahad.

“Saya suka cara pasukan bermain. Kualiti dan agresif yang kami tunjukkan dari sepak mula,” kata Arteta. “Kami harus meneruskan apa yang kami lakukan ini.”

Tiada banyak keraguan tentang keputusan perlawanan dari sepak mula perlawanan di Bramall Lane.

Bukayo Saka melihat cubaannya terkena palang seawal minit kedua dan dengan tiada banyak kekangan dari pertahanan tuan rumah, Arsenal membuka jaringan tiga minit selepas itu.

Umpanan Rice disempurna­kan oleh Odegaard yang tidak dikawal di dalam kotak penalti.

Rekod menjaringk­an gol dalam lima perlawanan berturut-turut buat Saka berakhir pada Isnin tetapi dua ada mengumpan dua gol sebelum dikeluarka­n pada masa rehat kerana tidak sihat.

Pemain antarabang­sa England itu melepasi kawalan Austin Trusty dengan mudah sebelum melakukan satu rembatan ke hadapan pintu gol yang terkena Bogle dan masuk ke pintu golnya sendiri.

Martinelli menjadikan kedudukan 3-0 tidak lama selepas itu dan memaksa Wilder melakukan pertukaran seawal minit ke-17 permainan.

Ben Osborn menggantik­an Oliver Norwood tetapi perubahan tidak memberikan sebarang makna apabila Havertz menjaringk­an gol keempat sebelum Rice menjaringk­an gol kelima dari umpanan Saka enam minit sebelum rehat.

Kecederaan Martinelli selepas satu jam permainan mencemar sedikit malam sempurna buat Arsenal.

White melengkapk­an jaringan dengan menyempurn­a hantaran Havertz pada minit ke-58 ketika Arsenal menyamai rekod kemenangan di tempat lawan dalam liga, yang dicipta ketika menentang West Ham bulan lepas.

Sheffield kekal di tangga terbawah liga, 11 mata dari zon selamat dengan berbaki 11 minit permainan.

 ?? — Gambar AFP ?? PERTEMBUNG­AN MANTAP: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Sheffield Utd dan Arsenal yang berlangsun­g di Bramall Lane di Sheffield.
— Gambar AFP PERTEMBUNG­AN MANTAP: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Sheffield Utd dan Arsenal yang berlangsun­g di Bramall Lane di Sheffield.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia