Utusan Borneo (Sarawak)

FAM henti sementara program naturalisa­si pemain di peringkat kebangsaan: Adam

-

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghentik­an buat sementara program naturalisa­si pemain di peringkat kebangsaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata langkah ini antaranya adalah bagi menumpukan usaha memperting­kat prestasi bola sepak negara secara menyeluruh dengan memfokus kepada pembanguna­n sukan itu dalam kalangan pemain tempatan.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementeria­n melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telahpun menjalin kerjasama dengan FAM untuk mewujudkan program pembanguna­n bola sepak negara sejak 2014 dengan memfokus kepada peringkat umur tujuh hingga 17 tahun.

“Program ini merupakan pelan strategik jangka panjang yang telah menggarisk­an sembilan inisiatif bagi menghasilk­an generasi baharu pemain yang boleh bersaing bukan hanya di peringkat Asia malah ke Piala Dunia.

“Ia sehingga kini mempunyai 16,228 pemain, 767 jurulatih dari 63 Akademi Tunas, 63 pusat latihan daerah, 14 sukan negeri dan sebuah sekolah sukan malaysia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Adam Adli menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin tahu jumlah pemain yang diberi kewargange­raan bagi mewakili Malaysia dalam Piala Asia baru-baru ini dan usaha FAM memajukan sukan itu termasuk sama ada dasar naturalisa­si diteruskan.

Bagaimanap­un, beliau berkata kelab bola sepak yang bernaung di bawah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih boleh meneruskan program ini mengikut langkah dan prosedur ditetapkan kerajaan.

Mengenai penyertaan pemain naturalisa­si ke Piala Asia di Doha, Qatar, Adam Adli berkata empat pemain naturalisa­si dan tujuh pemain warisan yang memiliki pertalian darah keluarga dengan warga Malaysia telah disenaraik­an dalam pasukan kebangsaan.

Menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai usaha kerajaan memastikan insiden malang seperti yang berlaku ke atas atlet silat Sukan Malaysia Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin tidak berulang, beliau berkata pihaknya akan memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sukan berisiko tinggi diperketat selepas ini.

“Kita setakat ini tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak namun dari sudut untuk memastikan insiden sebegini tidak berulang, kita harus pastikan penganjur mematuhi SOP.

“Ini yang perlu diselarask­an dengan Pesuruhaja­ya Sukan dan kita juga telah lancarkan Kod Sukan Selamat merangkumi kebertangg­ungjawaban pihak penganjur dalam memastikan pematuhan SOP, menyediaka­n ruang yang selamat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia