Utusan Borneo (Sarawak)

STA komited galak amalan mampan demi kesejahter­aan hutan: Lau

-

KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) terus komited untuk menggalakk­an amalan mampan serta pengurusan sumber bertanggun­gjawab bagi memastikan kesejahter­aan hutan di negeri ini dalam jangka panjang.

Pengerusi STA Dato Henry Lau berkata, ia dibuktikan dengan 24 Unit Pengurusan Hutan (FMU) dan tujuh Unit Pengurusan Ladang Hutan meliputi kawasan seluas 2.16 juta hektar telah mencapai status diperakui.

“Berikutan usaha ini, kami berbesar hati untuk berkongsi pencapaian penting ahli kami dalam Pensijilan Pengurusan Hutan (FMC).

“Pada masa ini, 24 FMU dan tujuh Unit Pengurusan Ladang Hutan, meliputi kawasan seluas 2.16 juta hektar, telah

mencapai status disahkan dan dengan bangganya memegang pensijilan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia yang disahkan oleh Program Pengendors­an Pensijilan

Hutan (PEFC) yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan

Mampan Hutan Tropika anjuran STA yang dihadiri Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Lau berkata meskipun mencapai FMC, industri perkayuan masih menghadapi fitnah dan tohmahan, sering digambarka­n sebagai didorong semata-mata oleh motif ekonomi dan dituduh mengabaika­n kebimbanga­n yang meluas.

Jelasnya, tanggapan itu cenderung melibatkan semua pemain industri perkayuan terutama apabila berlaku aktiviti haram dan secara tidak adil mengabaika­n mereka yang beroperasi secara bertanggun­gjawab.

“Bagi pemain industri perkayuan yang sangat komited untuk menjalanka­n penuaian kayu secara mampan dengan tumpuan seimbang terhadap kesejahter­aan ekonomi, sosial dan alam sekitar, ia menjadi cabaran yang menggerunk­an,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PELANCARAN: Lau (depan, dua kanan) bersama Hamden (depan, dua kiri), Pengerusi WWF Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar (depan, kiri) serta yang lain melakukan simbolik pelancaran Modul Latihan Pemulihara­an Bernilai Tinggi sempena Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Mampan Hutan Tropika di Kuching, semalam.
— Gambar Chimon Upon PELANCARAN: Lau (depan, dua kanan) bersama Hamden (depan, dua kiri), Pengerusi WWF Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar (depan, kiri) serta yang lain melakukan simbolik pelancaran Modul Latihan Pemulihara­an Bernilai Tinggi sempena Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Mampan Hutan Tropika di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia