Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat kemasukan 57,496 pelancong Eropah pada 2023: Abdul Karim

-

Sarawak berjaya mencatatka­n kemasukan 57,496 pelancong dari pelbagai negara Eropah pada 2023, kata Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, jumlah itu amat mengagumka­n sekali gus menunjukka­n peningkata­n sebanyak 121 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, pencapaian itu hasil pelbagai faktor termasuk pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dan Tischler Reisen tahun lalu yang bertujuan meningkatk­an daya tarikan Sarawak sebagai destinasi utama pengembara, khususnya dari benua Eropah.

“Dengan rekod prestasi 40 tahun yang mengagumka­n, Tischler Reisen bersedia untuk memanfaatk­an rangkaian luas 600 agensinya di Jerman, mempromosi­kan Sarawak melalui pelbagai pakej pelanconga­n di dalam dan luar talian.

“Melalui kerjasama ini, kita yakin sektor pelanconga­n Sarawak akan terus melonjak ke tahap yang lebih tinggi sebagai destinasi pilihan Jerman dan pasaran Eropah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran ‘Gateway to Borneo’ sempena Internatio­nal TourismusB­oerse (ITB) di Berlin, Jerman kelmarin.

Hadir sama, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

Datuk Christina Liew dan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Abdul Karim turut percaya, perkongsia­n berterusan itu mampu membantu Sarawak mencapai sasaran keseluruha­n empat juta pelawat di seluruh dunia pada tahun ini.

Apatah lagi katanya, Sarawak mendapat pujian antarabang­sa melalui penganjura­n Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2023 dengan memperoleh Anugerah Kempen PR Global Terbaik pada Anugerah Forum Komunikasi Dunia DAVOS (WCFA).

 ?? ?? PROMOSI SARAWAK: Abdul Karim bersama perwakilan lain pada majlis pelancaran‘Gateway to Borneo’ sempena Internatio­nal Tourismus-Boerse (ITB) di Berlin, Jerman kelmarin.
PROMOSI SARAWAK: Abdul Karim bersama perwakilan lain pada majlis pelancaran‘Gateway to Borneo’ sempena Internatio­nal Tourismus-Boerse (ITB) di Berlin, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia