Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki memandu ketika mabuk kena tiga hari, denda RM12,000

-

Seorang lelaki dihukum penjara tiga hari dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 17 Januari lepas.

Tertuduh, Chua Ken Hiang, 31, dikenakan hukuman itu selepas membuat pengakuan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 11.45 malam di Jalan Chong Thien Vun, sebagai pemandu kenderaan.

Hasil ujian saringan pernafasan didapati kandungan alkohol dalam darah tertuduh melebihi had yang dibenarkan iaitu 50 miligram etil dalam 100 mililiter darah.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A (1) APJ 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda dan lesen memandu digantung selama dua tahun.

Dalam mahkamah sama, seorang lelaki didenda RM1,800 selepas mengaku bersalah gagal berhenti selepas terlibat dalam kema

langan maut pada 22 Januari lepas.

Tertuduh, Chien Yong Song, 44, didakwa melakukan kesalahan itu di Batu 60 Jalan Tawau-Kunak, kira-kira jam 12.01 tengah malam.

Chien yang memandu pacuan empat roda didakwa melanggar sebuah motosikal dari arah belakang sehingga menyebabka­n kematian dua warga asing, namun gagal memberhent­ikan kenderaann­ya dan meneruskan perjalanan.

Tertuduh didakwa

mengikut Seksyen 52 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta yang sama.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh dihukum penjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Semua pendakwaan berkenaan dikendalik­an oleh pegawai pendakwa Asisten Superinten­den Joan Lee, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ?? ?? PADAH: Kedua-dua tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.
PADAH: Kedua-dua tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia