Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian pembanguna­n tenaga guna aliran sungai di Limbang, Lawas

-

Sarawak sedang melakukan kajian untuk membangun dan membekalka­n sumber tenaga menggunaka­n aliran sungai di Limbang dan Lawas menerusi teknologi baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kaedah ini mengguna pakai pendekatan sama di Kanada yang mana industri tenaga elektrik menggunaka­n sumber air.

“Kita akan membuat kajian untuk membekalka­n tenaga sumber kuasa air melata yang terdapat di Sungai Limbang dan Lawas dan kaedah ini tiada kena mengena dengan pengambila­n tanah kerana menggunaka­n aliran sungai.

“Ini adalah satu teknologi baharu, seperti negara Kanada, 50 peratus tenaga di negara itu adalah sumber kuasa air melata dari sungai.

“Ini sudah tentu memberi masa depan yang cerah kepada Limbang dan Lawas,” katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke Projek Tebingan Sungai Limbang semalam.

Mengiringi beliau ialah kedua-dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas

Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail serta kenamaan lain.

Dalam pada itu katanya, bahagian Limbang dan Lawas akan diliputi 100 peratus kemudahan bekalan air dan

elektrik menjelang 2025.

“Dijangka 2025, bekalan elektrik dan air 100 peratus siap di bahagian Limbang termasuk Lawas.

“Dengan kemudahan loji penapisan yang sedang dalam pembinaan kita akan bekalkan tenaga diperbahar­ui ke Sabah.

“Sarawak Energy Berhad (SEB) akan berbincang dengan Brunei yang juga berkehenda­kkan tenaga, kalau kita jana tenaga ini, kita akan

gunakan grid negeri melalui penjanaan tenaga dari Miri dan menerusi Limbang,” ujarnya.

Selain itu katanya, bahagian Limbang juga mempunyai potensi untuk menghasilk­an minyak dan gas.

Katanya, Sarawak melalui syarikat miliknya Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) bercadang meneroka, mengurus dan mengendali­kan industri minyak dan gas dengan menjalinka­n kerjasama dengan negara Timur Tengah.

 ?? ?? TURUN PADANG: Abang Johari bersama (dari enam kiri) Awang Tengah, Dr Abdul Rahman, Hasbi dan Mohamad Abu Bakar serta yang lain ketika meninjau projek Tebingan Sungai Limbang semalam.
TURUN PADANG: Abang Johari bersama (dari enam kiri) Awang Tengah, Dr Abdul Rahman, Hasbi dan Mohamad Abu Bakar serta yang lain ketika meninjau projek Tebingan Sungai Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia