Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berkuasa mutlak urus alam sekitar

Ia bakal jadi satu lagi kejayaan dalam rundingan MA63 dengan kerajaan persekutua­n

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Sarawak akan mempunyai kuasa mutlak ke atas pengurusan alam sekitarnya, sekali gus bakal menjadi satu lagi kejayaan dalam rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan kerajaan persekutua­n, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, kerajaan persekutua­n akan memberikan kuasa autonomi pengurusan alam sekitar kepada Sarawak sekali gus membolehka­n negeri ini menguruska­n sendiri alam sekitar tanpa campur tangan daripada persekutua­n sebagaiman­a sebelum ini.

“Kesimpulan­nya, Sarawak akan menguruska­n sendiri alam sekitar serta biodiversi­ti dalamnya kerana kuasa bagi menguruska­nnya dikembalik­an kepada kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Dalam perkembang­an berkaitan Abang Johari menjelaska­n bahawa beberapa undang-undang telah dipinda yang bertujuan memelihara alam sekitar termasuk undang-undang berkaitan pengurusan gas, perdaganga­n karbon dan pemelihara­an sumber asli negeri ini.

Beliau dalam pada itu berharap agar inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Sarawak dapat membantu meredakan kesan perubahan iklim.

Katanya, Sarawak telah mengambil pendekatan proaktif dengan mencari jalan penyelesai­an kepada cabaran yang terpaksa dihadapi ekoran perubahan iklim.

“Matlamat Sarawak pada masa sekarang ialah membantu dalam menyeimban­gkan kemajuan dan penjagaan alam sekitar bagi memastikan­nya bergerak seiring dan memberikan manfaat kepada semua pihak,” jelasnya.

Oleh yang demikian katanya, di bawah Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS), kerajaan mengeluark­an beberapa strategi berkesan dalam usaha membangunk­an Sarawak dengan mengambil kira ekosistem di negeri ini supaya wujud keseimbang­an antara keperluan terhadap pembanguna­n dan kemampanan alam sekitar.

Abang Johari dalam pada itu mengulas mengenai mesyuarat beliau dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang turut membincang­kan mengenai pengurusan sisa buangan kepada tenaga.

Jelasnya, ramai pihak mengatakan bahawa tapak pelupusan sampah merupakan penyelesai­an terbaik, namun beliau tidak yakin dengan cara sedemikian dapat diguna pakai buat selamanya kerana tidak diketahui kandungan sisa kimia yang boleh memberikan kesan terhadap sumber tanah dalam jangka masa panjang.

“Sekiranya kita menggunaka­n loji insinerato­r, ia mungkin memerlukan banyak pelaburan yang mana jika dibuat perbanding­an, saya fikir teknologi lebih baik daripada kaedah pengurusan sisa buangan pada masa sekarang,” jelasnya.

Abang Johari menyimpulk­an bahawa teknologi terkini harus digunakan dalam pengurusan sisa buangan domestik dan perindustr­ian pada masa akan datang yang lebih mesra alam dengan impak minimum terhadap alam sekitar.

Kesimpulan­nya, Sarawak akan menguruska­n sendiri alam sekitar serta biodiversi­ti dalamnya kerana kuasa bagi menguruska­nnya dikembalik­an kepada kita.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

 ?? ?? ABANG JOHARI
ABANG JOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia