Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari pengerusik­an SDCCM di Limbang

-

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Koordinasi Pembanguna­n Negeri (SDCCM) Bilangan 1 2024 di sini, semalam.

Pada mesyuarat itu lima kementeria­n serta sebuah agensi di bawah Kerajaan Sarawak membentang­kan laporan berhubung prestasi pelaksanaa­n projek di bahagian Limbang.

Kementeria­n dan agensi terlibat adalah Kementeria­n Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan(MIPD),Kementeria­n Utiliti dan Komunikasi (MUT), Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar (MUDeNR), Kementeria­n Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah (M-FICORD) serta Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA).

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak iaitu

Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha

Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Industri Makanan,

Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan kenamaan lain.

Pada sebelah petang, Abang Johari melawat beberapa tapak projek pembanguna­n termasuk Jambatan Sungai Limbang, Jambatan Sungai Bunut No.2, Rumah Mampu Milik (RMM) Rangau, Kompleks Pentadbira­n Bersepadu (IAC) Bahagian Limbang dan Tebingan Sungai Limbang.

 ?? — Gambar UKAS ?? SELAMAT DATANG: Abang Johari disambut mesra tetamu kenamaan sebaik tiba pada SDCCM di Limbang, semalam.
— Gambar UKAS SELAMAT DATANG: Abang Johari disambut mesra tetamu kenamaan sebaik tiba pada SDCCM di Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia