Utusan Borneo (Sarawak)

Projek saluran paip gas BintuluSam­alaju siap penghujung 2025

-

Projek pembinaan saluran paip gas Bintulu-Samalaju sepanjang 70 kilometer dijangka siap pada penghujung 2025, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, dengan siapnya saluran paip gas itu nanti dijangka meningkatk­an pengagihan bekalan gas kepada pengguna di Taman Perindustr­ian Samalaju (TPS) termasuk stesen jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) yang kini sedang dalam pembinaan.

Ia juga katanya, selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi meluaskan rangkaian liputan pengedaran gas asli sekali gus meningkatk­an penggunaan gas di Sarawak.

“Dengan siapnya saluran paip gas itu nanti sudah tentu akan merangsang pembanguna­n perindustr­ian serta industri hiliran yang lain di TPS yang memerlukan bekalan gas,” ujarnya.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Majlis Ulang Tahun Ke-10 Sakura Ferroalloy­s di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Bercakap mengenai perkembang­an semasa projek perindustr­ian di TPS, Abang Johari berkata, setakat ini sebanyak RM111.73 bilion nilai pelaburan telah diluluskan yang mana sekitar RM12.07 bilion sudah di peringkat pengeluara­n komersial yang menyediaka­n 9,293 pekerjaan buat rakyat negeri ini.

Bercakap mengenai perkembang­an semasa projek perindustr­ian di Samalaju beliau berkata, terdapat beberapa buah lagi syarikat pelaburan yang sedang menjalanka­n kerja-kerja pembersiha­n dan meratakan tapak projek dengan nilai pelaburan sebanyak RM15.66 bilion.

“Ia merupakan satu perkembang­an yang positif dan memberangs­angkan, sekali gus merealisas­ikan impian bagi menjadikan TPS sebagai sebuah kawasan perindustr­ian yang dinamik dan progresif pada masa depan,” jelasnya.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar Sakura Ferroalloy­s meneruskan inisiatif memajukan produk ferro mangan untuk dieksport ke seluruh negara.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi Lembaga Pengarah Sakura Ferroalloy­s Sdn Bhd Bastiaan Hendrikus Van Aswegen dan Pengurus Besar Sakura Ferroalloy­s Sdn Bhd Juan Du Preez antara yang hadir.

 ?? ?? ULANG TAHUN: Abang Johari memotong kek sebagai simbolik sambutan Ulang Tahun Ke-10 Sakura Ferroalloy­s di Bintulu, kelmarin.
ULANG TAHUN: Abang Johari memotong kek sebagai simbolik sambutan Ulang Tahun Ke-10 Sakura Ferroalloy­s di Bintulu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia