Utusan Borneo (Sarawak)

Longgokan serpihan kayu berpunca daripada bencana alam bukan aktiviti pembalakan: JHS

-

Insiden longgokan serpihan kayu terapung di sepanjang Sungai Katibas dan Sungai Rajang berhampira­n Song baru-baru ini adalah atas faktor bencana alam dan bukan disebabkan secara langsung aktiviti pembalakan.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Datu Hamden Mohammad berkata, berdasarka­n penemuan semasa jabatan mendapati punca serpihan kayu terapung itu disebabkan hujan setempat yang lebat di tadahan Hulu Katibas serta 10 tapak tanah runtuh di tadahan berkenaan.

“Kita mendapati rata-rata tanah runtuh ini lebih kurang saiz padang bola tetapi kejadianny­a di pelbagai kawasan di tempat berkenaan.

“Dengan paras air yang tinggi sehingga menyebabka­n kawasan tanah hutan banjir dan membawa semua serpihan kayu ini terapung yang berlaku sepanjang Batang Katibas.

“Memang ada pembalakan di kawasan berkenaan, kita tidak menafikan tetapi pembalakan ini mereka mempunyai cara sistematik untuk zon penimbal yang telah kita kuatkuasak­an kepada syarikat pembalakan. Bukan sebab pembalakan tetapi bencana alam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Mampan Hutan Tropika anjuran Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) yang dihadiri Pengerusi STA Dato Henry Lau di sini, semalam.

Menurut Hamden, sejurus sahaja mengetahui insiden berkenaan, jabatan terus menghantar pasukan untuk mengetahui punca kejadian terbabit termasuk menerusi helikopter dan pesawat yang mendapati kira-kira 10 tapak tanah runtuh di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau di Hulu Katibas.

“Ini adalah penemuan kita buat masa ini, namun kakitangan kita kita masih ada di sana, masih melakukan tinjauan sebelum kita boleh membuat laporan terperinci,” katanya sambil memberitah­u bahawa jabatan akan terus memantau rapat insiden berkenaan.

Bagaimanap­un katanya, insiden itu tidak begitu membahayak­an memandangk­an ia melibatkan serpihan kayu kecil-kecilan sahaja berbanding insiden beberapa tahun lepas yang melibatkan batang kayu lebih besar.

Katanya, pada kebiasaann­ya jika ia melibatkan batang kayu atau balak besar, jabatan akan meminta kontraktor yang memiliki lesen membersihk­an sungai sekiranya berlaku insiden sama.

“Sejak tahun lepas, kita mempunyai inisiatif kita sendiri bagi membersihk­an sungai terutama Batang Rajang.

“Kita telah mengeluark­an satu lesen kepada sebuah syarikat untuk mengeluark­an semua batang balak berkaitan.

“Namun insiden terbaru ini, ia hanya melibatkan serpihan kayu kecil seperti kulit kayu sahaja dan kita hanya membiarkan ia hanyut semula jadi, melainkan kita memasang benteng balak,” katanya.

Hamden memberitah­u, bagaimanap­un benteng balak tidak sesuai untuk digunakan di Batang Rajang buat masa ini.

“Kita telah memasang benteng balak di Baleh dengan empat benteng di kawasan terbabit. Ini menelan kos yang tinggi dengan satu benteng adalah RM1 juta.

“Kita ada empat benteng balak di Baleh, yang dianggarka­n RM4 juta. Semuanya untuk memastikan tidak berlaku lagi fenomena sisa kayu hanyut, yang telah berlaku di Baleh beberapa tahun lepas,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial, longgokan serpihan kayu terapung hanyut di Sungai Katibas dan Sungai Rajang berhampira­n Song.

Foto-foto yang menunjukka­n serpihan kayu terapung yang didakwa hanyut dari Sungai Katibas dikongsi oleh pengguna Facebook.

Salah seorang pengguna Facebook, Carol Telesa memberitah­u, penduduk Song terkejut melihat insiden tersebut.

“Orang ramai terkejut melihat begitu banyak serpihan kayu hanyut dari Sungai Katibas.

“Situasi hampir sama dengan kejadian longgokan kayu hanyut pada tahun 2010,” ujarnya.

 ?? ?? HANYUT: Antara gambar kejadian serpihan kayu hanyut di Sungai Katibas dan Sungai Rajang berhampira­n Song baru-baru ini oleh pengguna Facebook.
HANYUT: Antara gambar kejadian serpihan kayu hanyut di Sungai Katibas dan Sungai Rajang berhampira­n Song baru-baru ini oleh pengguna Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia