Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat jumlah penanaman pokok terbesar, lebih 32 juta pokok

-

Sarawak mencatatka­n jumlah penanaman pokok terbesar di kalangan negeri di Malaysia setakat ini dengan melebihi 32 juta pokok.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Datu Hamden Mohammad berkata, usaha itu dapat dicapai menerusi inisiatif Program Restorasi Landskap Hutan (FLR).

“Bagi meneruskan Program Restorasi Landskap Hutan FLR, Sarawak telah menetapkan matlamat untuk menanam 35 juta pokok di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun, bermula dari 2021 hingga 2025.

“Ia dengan memberi tumpuan kepada kawasan pembalakan, hutan simpan, kawasan perlindung­an, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan tanah milik persendiri­an.

“Sehingga kini, Sarawak mencatatka­n jumlah penanaman pokok terbesar di kalangan negeri-negeri Malaysia, melebihi 32 juta pokok.

“Ia juga diwajibkan bagi lesen kayu hutan untuk memulakan aktiviti FLR yang merangkumi penanaman pokok spesies asli, pengurusan silvikultu­r dan agroforest­ri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Mampan Hutan Tropika anjuran Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) yang dihadiri Pengerusi STA Dato Henry Lau di sini, semalam.

Hamden berkata adalah penting untuk menekankan bahawa Sarawak adalah sebuah wilayah membangun, di mana sumber hutan memainkan peranan penting dalam pembanguna­n ekonomi negeri.

Katanya untuk mengimbang­i keperluan untuk pemulihara­an alam sekitar dan keperluan ekonomi, Sarawak telah mengurangk­an operasi penuaian kepada kira-kira 2 juta meter padu setahun, dengan syarat ketat mengenai pensijilan pengurusan hutan (FMC) untuk kedua-dua hutan semula jadi dan hutan tanam.

“Pada masa ini kami mempunyai 25 hutan semula jadi bertauliah meliputi lebih 2.2 juta hektar serta 7 ladang hutan bertauliah meliputi kira-kira 97,000 hektar.

“Dengan ini, saya mengucapka­n tahniah kepada semua pihak berkepenti­ngan yang telah memainkan peranan, secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan ini, merintis jalan ke arah masa depan yang lebih lestari,” katanya.

Hamden berkata, bagaimanap­un tidak dinafikan hutan menghadapi pelbagai ancaman yang menjejaska­n daya maju jangka panjangnya.

Beliau berkata pada tahun 2020, penduduk di Sarawak telah mencatat kadar pertumbuha­n sebanyak 1.4 peratus mencecah jumlah 2.5 juta orang.

“Persaingan yang semakin meningkat untuk mendapatka­n tanah dan sumber hutan menimbulka­n ancaman besar kepada kelestaria­n hutan, kerana pelbagai pihak berkepenti­ngan bersaing untuk mendapatka­n akses kepada aset semula jadi yang berharga ini.

“Selain itu, konflik kepentinga­n terhadap hutan timbul apabila pihak berkepenti­ngan yang berbeza, seperti komuniti orang asli, pemulihara­an dan industri, mempunyai kepentinga­n yang berbeza di kawasan hutan yang sama,” katanya.

Justeru katanya, bagi menangani ancaman itu, ia memerlukan usaha bersepadu dalam kalangan kerajaan, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan

pihak berkepenti­ngan lain di peringkat tempatan, nasional dan antarabang­sa.

Katanya, ia termasuk pelaksanaa­n amalan pengurusan hutan yang mampan, mengukuhka­n penguatkua­saan dan tadbir urus undang-undang, menggalakk­an inisiatif pemulihara­an dan mengurangk­an kesan perubahan iklim.

Selain itu Hamden berkata, penglibata­n dan pembanguna­n komuniti adalah komponen penting dalam pengurusan hutan mampan (SFM) bagi memastikan komuniti tempatan memainkan peranan aktif dalam memulihara dan menggunaka­n sumber hutan secara bertanggun­gjawab.

Katanya Jabatan Hutan telah secara aktif memudahkan penglibata­n komuniti dengan pemegang Lesen Kayu Hutan dan pihak berkepenti­ngan lain yang berkaitan melalui inisiatif Pensijilan Pengurusan Hutan.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? RASMI: Hamden (depan, kanan) bersama Lau (depan, dua kanan), Pengerusi WWF Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar (depan, tiga kanan) dan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kayu Tropika Antarabang­sa (ITTO) Sheam Satkuru (depan, dua kiri) serta yang lain melancarka­n Buku Panduan Pembalakan Kurang Impak (RIL) Penuaian‘Ground-Based Timber’di Sarawak sempena persidanga­n.
— Gambar Chimon Upon RASMI: Hamden (depan, kanan) bersama Lau (depan, dua kanan), Pengerusi WWF Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar (depan, tiga kanan) dan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kayu Tropika Antarabang­sa (ITTO) Sheam Satkuru (depan, dua kiri) serta yang lain melancarka­n Buku Panduan Pembalakan Kurang Impak (RIL) Penuaian‘Ground-Based Timber’di Sarawak sempena persidanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia