Utusan Borneo (Sarawak)

KPT komited kukuhkan kedudukan IPT di Sarawak

Kementeria­n akan terus berurusan di Sarawak agar dapat memantapka­n lagi semua IPT di bawah KPT

- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Pendidikan Tinggi

KUCHING:Kerajaanpe­rsekutuan melalui Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) komited untuk mengukuhka­n kedudukan institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kementeria­nnya akan terus berurusan di Sarawak agar dapat memantapka­n lagi semua IPT di bawah KPT.

“Ini menunjukka­n komitmen kerajaan persekutua­n menerusi KPT terhadap pendidikan di Sarawak,” katanya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak di sini, semalam.

Zambry turut memuji komitmen tinggi Kerajaan Sarawak terhadap pendidikan di negeri ini.

“Seperti sedia maklum Kerajaan Sarawak mempunyai lima IPT swasta di bawah kerajaan negeri dan ini menunjukka­n komitmen yang tinggi oleh Kerajaan Sarawak terhadap pedidikan di negeri ini,” ujarnya.

Mengenai keadaan-keadaan institusi di Sarawak, beliau mendapati terdapat kemudahan di IPT yang memerlukan perhatian.

“Sepanjang dua hari lawatan, saya melihat dari segi kedudukan institusi-institusi sedia ada, ia perlukan perhatian.

“Ini termasuk usaha baik pulih dan sebagainya,” kata Zambry.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik@ Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit.

Ini menunjukka­n komitmen kerajaan persekutua­n menerusi KPT terhadap pendidikan di Sarawak.

 ?? ?? BUAH TANGAN: Zambry menyampaik­an cenderamat­a kepada Tun Wan Junaidi semasa mengadakan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak semalam.
BUAH TANGAN: Zambry menyampaik­an cenderamat­a kepada Tun Wan Junaidi semasa mengadakan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia