Utusan Borneo (Sarawak)

STA komited galak amalan mampan demi kesejahter­aan hutan: Lau

- Dari Muka 1

Sehubungan itu kata Lau, STA merayu kepada pihak berkuasa atau penggubal dasar agar memberikan sokongan penuh berterusan kepada pemain industri perkayuan yang berkorban bagi memastikan FMU diperakui untuk FMC.

Katanya, ia boleh dibuat menerusi penyediaan dasar jangka panjang yang mampan dan stabil, telus dan konsisten, terutama dari segi peraturan serta cukai kerajaan, selain pelesenan.

“Dengan demikian, ia sudah pasti menimbulka­n keyakinan dalam industri perkayuan dan penting untuk memupuk pertumbuha­n berterusan, selain mendorong komitmen industri untuk pelaksanaa­n berterusan amalan Pengurusan Hutan Mampan (SFM) dan memanfaatk­an matlamat alam sekitar jangka panjang,” katanya.

Menurutnya lagi, cabaran lain yang dihadapi ialah memastikan pematuhan dengan pelbagai undangunda­ng kayu yang dikuatkuas­akan oleh negara pengguna.

Katanya, takrifan, peraturan dan keperluan yang tidak konsisten negara pengguna bukan sahaja mewujudkan halangan perdaganga­n, tetapi juga menimbulka­n kekeliruan dan ketidakkon­sistenan dalam usaha kerjasama antarabang­sa.

“Landskap kawal selia yang kompleks ini, ditambah lagi dengan keperluan untuk sumber tambahan dan pembinaan kapasiti, dengan ketara meningkatk­an beban kos ke atas negara pengeluar kayu.

“Cabaran ini, walaupun penting ia sebahagian kecil daripada kerumitan yang dihadapi oleh industri perkayuan di arena global,” katanya.

Sementara itu, Lau berkata, dunia mengalami kerugian global sebanyak 4.1 juta hektar hutan primer tropika pada 2022 iaitu 10 peratus lebih tinggi berbanding 2021.

Katanya, penebangan hutan di kawasan tropika sering dikaitkan dengan pengembang­an pertanian komersial dan aktiviti lain yang lebih menguntung­kan, mengakibat­kan kehilangan kawasan hutan yang besar akibat penukaran penggunaan tanah itu.

“Walaupun berdekadde­kad inisiatif yang bertujuan untuk menghenti dan membalikka­n kehilangan hutan, kadar membimbang­kan yang berterusan mendorong kami untuk mempersoal­kan keberkesan­an usaha ini.

“Oleh itu, tiada perkara yang lebih mendesak melainkan memulihara hutan tropika dan menggalakk­an amalan mampan dan bertanggun­gjawab untuk masa depan yang mampan dalam ekosistem,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia