Utusan Borneo (Sarawak)

Scoot perluas destinasi penerbanga­n ke Sibu, Miri

Sibu, Miri sebahagian daripada enam destinasi Asia Tenggara untuk pesawat baharu Embraer E190-E2

-

SIBU: Scoot, anak syarikat tambang murah milik Singapore Airlines (SIA), akan memperluas destinasi penerbanga­nnya dengan memasukkan Sibu dan Miri sebagai sebahagian daripada enam destinasi Asia Tenggara pertamanya untuk pesawat baharu, Embraer E190-E2.

Penerbanga­n tersebut dijangka bermula pada Mei tahun ini.

Pengumuman gembira ini disampaika­n Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Datuk Michael Tiang dalam kenyataan media kelmarin.

Menurut beliau, Sibu dan Miri akan kembali berhubung dengan Singapura sekali gus memberikan alternatif kepada penduduk setempat selepas perkhidmat­an AirAsia terhenti tahun lalu.

Tiang berkata, ini menandakan usaha Pejabat Perdaganga­n dan Pelanconga­n Sarawak Singapura (STATOS) dalam mempromosi­kan keter

sambungan penerbanga­n antara Singapura dan bandar utama di Sarawak.

Jelasnya, beliau telah bekerjasam­a rapat dengan STATOS untuk mencari syarikat penerbanga­n alternatif setelah AirAsia menghentik­an laluan dari Singapura ke Sibu dan Miri.

“Justeru, Scoot telah memutuskan untuk mewujudkan laluan Singapura-Sibu dan Singapura-Miri,” ujarnya.

Bagi Sibu, penerbanga­n akan tersedia sebanyak tiga kali seminggu bermula 5 Jun manakala Miri akan menikmati empat penerbanga­n setiap minggu.

Ini merupakan berita baik kepada pelancong dan pekerja yang berhubung dengan Singapura

Dalam kenyataan sama, Tiang turut menggalakk­an penduduk Miri dan Sibu agar memanfaatk­an peluang ini sebaik mungkin apabila laluan baharu tersebut beroperasi.

Scoot sendiri telah melancarka­n enam destinasi Asia Tenggara pertamanya, termasuk Koh Samui, Hat Yai dan Krabi di Thailand serta Kuantan, Sibu, dan Miri.

Justeru, Scoot telah memutuskan untuk mewujudkan laluan SingapuraS­ibu dan Singapura-Miri.

Datuk Michael Tiang Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II

Operasi penerbanga­n yang dijadual bermula Mei tahun ini, membawa harapan baharu untuk meningkatk­an ketersambu­ngan udara di rantau ini.

 ?? ?? TERBAIK: Scoot telah memutuskan untuk mewujudkan laluan Singapura-Sibu dan Singapura-Miri.
TERBAIK: Scoot telah memutuskan untuk mewujudkan laluan Singapura-Sibu dan Singapura-Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia