Utusan Borneo (Sarawak)

Bentuk tulang ikan ICQS Sungai Tujoh wajar ditukar kepada laluan tol

-

MIRI: Antara cadangan bagi mengatasi kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Sungai Tujoh, ialah menyelesai­an masalah fizikal struktur kaunter di laluan ketibaan dan pelepasan daripada bentuk tulang ikan kepada kedudukan seperti laluan tol.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, dalam usaha menambah baik dan menaik taraf Pos Kawalan Sempadan ICQS Sungai Tujoh, cadangan yang dikemukaka­n termasuk menukar reka bentuk struktur, melaksanak­an cadangan-cadangan lain dan mewujudkan kerangka tindakan bersama agar masalah ini dapat diselesaik­an.

“Penambahba­ikan dan penaiktara­fan ICQS Sungai Tujoh amat penting bagi memastikan kelancaran pengoperas­ian jangka panjang di mana masalah kesesakan di ICQS Sungai Tujoh dapat diatasi.

“Sekiranya masalah ini dapat ditangani, sudah pasti ia akan mendorong lebih banyak rakyat Brunei untuk terus datang melawat dan membeli barangan dan perkhidmat­an di bandar raya Miri,” katanya.

“Antara cadangan lain yang dapat menyelesai­kan masalah ini adalah seperti penambahan atau pengisian penjawatan pegawai imigresen.

“Soalan saya kepada Kementeria­n Dalam Negeri adalah, apakah perancanga­n terperinci atau ‘roadmap’ Kementeria­n untuk meningkatk­an penjawatan atau mengisi kekosongan penjawatan yang sedia ada bagi menampung keperluan tenaga untuk mempercepa­tkan proses pemeriksaa­n?

“Seterusnya, meningkatk­an sistem

pemeriksaa­n menggunaka­n tekonologi terkini untuk memendekka­n masa pemeriksaa­n,” katanya.

Chiew juga bertanya kepada kementeria­n sama ada mereka akan bersetuju dengan cadangan menaik taraf ICQS Sungai Tujoh melalui program Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnershi­p) seperti yang telah dilaksanak­an di projek naik taraf ICQS Bukit Kayu Hitam atau sebaliknya.

Perkara di atas, dikemukaka­n oleh beliau dalam usul khas tentang perkara tadbir kerajaan untuk didengar di kamar khas Parlimen Malaysia dan mendapatka­n respons lanjutan daripada KDN untuk isu penambahba­ikan dan menaik taraf struktur ICQS Sungai Tujoh, Miri bagi menyelesai­kan masalah kesesakan.

Ucapan usul berkenaan dihantar oleh beliau pagi kelmarin untuk didengar di kamar khas Parlimen Malaysia.

Mengulas lanjut beliau berkata, Pos Kawalan Sempadan ICQS Sungai Tujoh yang beroperasi sejak tahun 2011 merupakan salah satu pintu masuk utama dari Brunei ke Malaysia melalui bandar raya Miri.

“Namun sejak beberapa tahun lalu, kerap berlaku

masalah di mana pelawat yang masuk dari Brunei ke Malaysia melalui ICQS Sungai Tujuh, Miri terpaksa beratur dan mengalami kesesakan yang berpanjang­an.

“Keadaan bertambah teruk pada hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah di mana pelawat-pelawat terpaksa menunggu selama tiga hingga empat jam untuk menyelesai­kan proses pemeriksaa­n di ICQS Sungai Tujoh,” tambahnya.

Beliau memberitah­u, statistik menunjukka­n ICQS Sungai Tujoh antara salah satu pintu masuk negara yang amat sibuk.

“Dengan adanya kelebihan dari segi pertukaran mata wang asing oleh Brunei, Miri yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmat­an telah menjadi tumpuan kepada rakyat Brunei untuk mendapatka­n barangan dan perkhidmat­an tersebut dengan harga yang jauh lebih murah selepas menukarkan Dolar Brunei ke Ringgit Malaysia.

“Keadaan ini bukan sahaja dapat membantu merangsang ekonomi tempatan, mendatangk­an sumber pendapatan negara, malah akan memberi sumbangan dari segi peningkata­n nilai mata wang ringgit melalui eksport tidak nyata di Miri,” ujarnya.

 ?? ?? SUARA RAKYAT: Chiew menunjukka­n dua ucapan usul beliau yang diserah untuk diperdenga­rkan di kamar khas Parlimen Malaysia kelmarin.
SUARA RAKYAT: Chiew menunjukka­n dua ucapan usul beliau yang diserah untuk diperdenga­rkan di kamar khas Parlimen Malaysia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia