Utusan Borneo (Sarawak)

Lidam pengerusik­an mesyuarat tangani isu banjir, ‘logjam’ di Sungai Rajang

-

Daerah Song kini berdepan cabaran baharu selepas insiden banjir kilat yang menghanyut­kan longgokan sisa kayu serta lumpur tebal yang juga dikenali sebagai ‘logjam’ ke Sungai Rajang ekoran hujan lebat di bahagian hulu Sungai Katibas.

Sebagai tindakan segera, Jawatankua­sa Bencana Daerah Song telah mengadakan mesyuarat kelmarin bagi merancang strategi berkesan untuk mengatasi keadaan kritikal tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan yang mempengeru­sikan mesyuarat itu berkata, laporan terkini diterima mengenai keadaan sebenar selepas kejadian banjir yang menjejaska­n beberapa kawasan di daerah berkenaan.

Katanya, salah satu aspek yang ditekankan adalah keperluan untuk mendapatka­n butiran mangsa terjejas bagi memudahkan pelaksanaa­n bantuan harian serta penilaian keperluan mendesak.

“Turut ditekankan adalah kepentinga­n persediaan menghadapi bencana dengan menyusun Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) yang khusus untuk mengatasi situasi banjir besar.

“Selain itu, sejumlah dana telah diperuntuk­kan bagi memastikan peralatan mencukup dan operasi pasukan bencana dapat melaksanak­an tugas dengan berkesan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Lidam turut memberitah­u, jawatankua­sa tersebut akan bekerjasam­a rapat dengan agensi kerajaan lain seperti Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak serta jabatan kerajaan lain untuk memastikan pelaksanaa­n tindakan yang lebih efektif.

Katanya, mesyuarat itu juga memberi tumpuan kepada peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam pengurusan bencana di daerah Song termasuk memberi khidmat nasihat, menyampaik­an bantuan dan menyelamat­kan mangsa yang terlibat dalam musibah banjir ini.

Beliau menjelaska­n lanjut, kejadian longgokan sisa kayu yang berlaku pada Ahad bukan fenomena, sebaliknya disebabkan hujan lebat berpanjang­an di bahagian hulu Sungai Katibas.

Keadaan itu telah menyebabka­n paras air banjir meningkat, sekali gus menghanyut­kan sampah kayu dan lumpur hingga ke Sungai Rajang.

Bercakapla­njut,beliauturu­t mengutarak­an kebimbanga­n mengenai aktiviti pembalakan dan mendesak pihak berwajib untuk memantau keadaan dengan lebih teliti.

 ?? ?? USAHA SEGERA: Lidam (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Bencana Daerah Song kelmarin.
USAHA SEGERA: Lidam (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Bencana Daerah Song kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia