Utusan Borneo (Sarawak)

Program sedarkan masyarakat kepentinga­n daftar PADU

Gerempong Tuai Rumah N.36 Layar anjur Program Latihan Pendaftara­n PADU untuk KMKK DUN Layar

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Kesedaran masyarakat tentang pentingnya mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) amat ditekankan dan menjadi perkara pokok dalam melengkapk­an data yang diperlukan kerajaan pada setiap individu di negara ini.

Usaha ini dilihat amat penting untuk individu rakyat di negeri ini yang layak untuk mendaftar, sekali gus mengemas kini data yang diperlukan agar lebih telus dan tepat dengan adanya sistem yang dibangunka­n.

Gerempong Tuai Rumah N.36 Layar telah menganjurk­an Program Latihan Pendaftara­n PADU untuk ketua masyarakat dan ketua kampung (KMKK) di DUN Layar.

Program yang dijalankan merupakan inisiatif Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu bagi memberi penekanan penuh kepada rakyat di DUN Layar khasnya dan kawasan Betong amnya untuk mendaftar dan mengemas kini data masingmasi­ng dalam PADU.

Menurut jurucakap program Dr Keling Stevenson Boniface Ancheh, perlunya pendedahan dalam melengkapk­an data PADU merupakan langkah yang terbaik untuk KMKK di DUN Layar.

“Usaha ini perlu sokongan semua pihak termasuk

Usaha ini perlu sokongan semua pihak termasuk Rentap yang juga ADUN Layar menerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pendidikan Layar (LEDC) yang turut berusaha membantu dengan memberikan masing-masing sebuah tablet Samsung kepada KMKK di DUN Layar bagi tujuan penyimpana­n data penduduk dalam kawasan mereka selain membantu penduduk untuk mendaftar.

Rentap yang juga ADUN Layar menerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pendidikan Layar (LEDC) yang turut berusaha membantu dengan memberikan masing-masing sebuah tablet Samsung kepada KMKK di DUN Layar bagi tujuan penyimpana­n data penduduk dalam kawasan mereka selain membantu penduduk untuk

mendaftar.

“Objektif utama inisiatif ini adalah untuk melengkapk­an dan melatih KM dan KK untuk membantu penduduk dalam komuniti mereka mendaftark­an diri ke dalam sistem PADU.

“Selain daripada itu bengkel ini juga menerangka­n matlamat dan pentingnya mendaftar ke PADU sebagai

usaha membantu penduduk yang mungkin memerlukan panduan dalam pengisian.

“Ini juga bagi menyokong usaha kerajaan dalam meminta mereka yang layak untuk mendaftar sebelum 31 Mac ini,” jelasnya.

Dr Stevenson yang juga jururundin­g utama Prometheus Consultanc­y Services menjadi pemudah cara

dengan menyediaka­n latihan kepada peserta.

Dianggarka­n 100 KMKK serta wakil dijangka menghadiri latihan yang dilaksanak­an dalam tiga kelompok di Betong Innovation Digital Hub yang bermula semalam dan berakhir esok (8 Mac).

Turut hadir pada bengkel tersebut ialah Pengerusi LEDC Paul Langgang.

Dr Keling Stevenson Boniface Ancheh Jurucakap Program Latihan Pendaftara­n PADU

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Dr Stevenson (duduk, dua kanan) bergambar bersama peserta bengkel tersebut semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Stevenson (duduk, dua kanan) bergambar bersama peserta bengkel tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia