Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 32 kakitangan SeDidik Sarawak terima sijil dan diploma

-

KUCHING: Seramai 32 kakitangan SeDidik Sarawak menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesye­n Pengiktira­fan Penilaian Terdahulu

(PPT) 2024 SeDidik Sarawak di sini.

Majlis yang berlangsun­g di Auditorium Sarawak Skills pada Sabtu (2 Mac) lalu menyaksika­n mereka yang menerima sijil dan diploma itu telah menamatkan pengajian melalui program PPT.

Program PPT yang dikendalik­an Sarawak Skills menunjukka­n komitmen bagi mengiktira­f dan mengesahka­n kemahiran serta pengetahua­n yang diperoleh melalui pengalaman terdahulu.

Inisiatif inovatif ini memberi peluang kepada individu untuk mempamerka­n kecekapan mereka yang diperoleh daripada kerja, pengalaman hidup dan pembelajar­an tidak formal dalam usaha meningkatk­an prospek kerjaya dan pembanguna­n peribadi mereka.

Sehubungan itu, Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah merakamkan penghargaa­n dan berterima kasih kepada semua peserta dan pihak berkepenti­ngan dalam menjayakan program PPT.

“Pencapaian ini mencermink­an komitmen kami untuk menyediaka­n pendidikan inklusif dan transforma­tif yang mengiktira­f kepelbagai­an bakat dan pengalaman kakitangan kami,” katanya.

Teks ucapan Fatimah dibacakan oleh Pemangku

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Nur Alina Abdullah pada majlis konvokesye­n tersebut.

Fatimah berkata, pengijazah­an 32 kakitangan daripada program PPT menjadi bukti dedikasi SeDidik Sarawak terhadap pembelajar­an sepanjang hayat dan pembanguna­n profesiona­l.

“Apabila individu ini memulakan bab seterusnya dalam kerjaya, mereka akan membawa bersama pengetahua­n, kemahiran dan keyakinan untuk membuat sumbangan bermakna kepada komuniti

masing-masing dan seterusnya,” kata Fatimah.

Dalam kalangan graduan itu, tiga penerima telah menamatkan Tahap 3 dalam Pengurusan Asuhan dan Pendidikan Perkembang­an Awal Kanak-Kanak manakala 29 menamatkan Tahap 4 dalam Pengasuhan dan Penyeliaan Perkembang­an Awal KanakKanak.

Para peserta telah menjalani latihan yang ketat dan pengalaman praktikal dalam tempoh tiga bulan untuk Tahap 3 dan empat bulan untuk Tahap 4.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai

Kewangan Sarawak Skills Mohd Asri Abdullah yang mewakili Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri dan Pengurus Besar SeDidik Sarawak Ayub Dahari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program PPT di Sarawak Skills, boleh hubungi Eksekutif Pembanguna­n Tenaga Kerja Mayliston Lennon Jacob di talian 013-8245113 atau e-mel mayliston@sarawakski­lls. edu.my.

Maklumat mengenai pelbagai program latihan juga boleh didapati dari laman web Sarawak Skills: sarawakski­lls. edu.my.

 ?? ?? TAHNIAH: Nur Alina (dua kanan) menyampaik­an sijil PPT kepada salah seorang kakitangan SeDidik Sarawak pada Majlis Konvokesye­n di Auditorium Sarawak Skills pada 2 Mac lalu.
TAHNIAH: Nur Alina (dua kanan) menyampaik­an sijil PPT kepada salah seorang kakitangan SeDidik Sarawak pada Majlis Konvokesye­n di Auditorium Sarawak Skills pada 2 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia