Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima dua kunjungan hormat di Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri Sarawak, pagi kelmarin.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada Panglima Medan Timur (PMT) Tentera Darat (TD) Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato Mohd Sofi Mohd Lepi.

Tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk memperkena­lkan diri serta memaklumka­n perkembang­an keadaan terkini kawasan sempadan yang berada di bawah pengawasan Tentera Darat serta memberi gambaran jelas kepada Tun Wan Junaidi keadaan infrastruk­tur berkaitan kelengkapa­n kenteraan sedia ada bagi melaksanak­an tugas dan misi di Sarawak.

Menurut Mohd Sofi lagi, Tun Wan Junaidi juga memberikan beberapa nasihat dan panduan bagaimana Tentera Darat khususnya PMT dapat menjalanka­n tugas dengan lebih berkesan untuk memperkuku­hkan keselamata­n di Sarawak.

Beliau juga menyampaik­an hasrat agar Tentera Darat dapat distruktur semula dari segi kawasan tanggungja­wab agar fungsi serta tugas ketiga-tiga briged sedia ada di Sarawak sejajar dengan tugas-tugas yang akan dilaksanak­an di negeri ini.

Selain itu, Tun Wan Junaidi turut dimaklumka­n tentang pembanguna­n tentera darat di Sarawak, dengan perancanga­n pembinaan dua kem baharu di Sarawak iaitu Markas PMT di Batu Kawa dan sebuah lagi kem tentera di Bintulu.

Turut hadir dalam rombongan Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat adalah Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, Panglima 3 Briged Jeneral Adnan Hashim, Panglima 9 Briged Jeneral Ahmad Norzaini Badrun dan Panglima 31 Briged Brigedier Jeneral Kamarulzam­an Mohd

Yunos.

Kunjungan hormat yang kedua pula adalah daripada Pengerusi Jawatankua­sa Induk Kaul Mukah 2024 Abdul Yaakub Arbi serta rombongan, bertujuan menjemput Tun Wan Junaidi menghadiri Majlis Penutupan Pesta Kaul 2024 sekali gus menyempurn­akan Majlis Keman Kaul serta Ramah-Tamah Aidilfitri yang dijangka akan diadakan pada 28 April 2024 di Tapak Pesta Kaul Mukah.

Hadir sama dalam kunjungan hormat yang kedua adalah Timbalan-timbalan Pengerusi Kaul Mukah iaitu Royston Valentine dan Kueh Lei Poh serta ahli jawatankua­sa induk Kaul Mukah yang lain.

 ?? — Gambar JaPen ?? KUNJUNGAN: Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan homat daripada Mohd Sofi.
— Gambar JaPen KUNJUNGAN: Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan homat daripada Mohd Sofi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia