Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan air di Limbang lebih daripada mencukupi

Loji-loji rawatan air di bahagian Limbang boleh hasilkan 87 MLD (juta liter air sehari) berbanding permintaan 40 MLD

-

KUCHING: Lojiloji rawatan air di bahagian Limbang boleh menghasilk­an 87 MLD (juta liter air sehari) berbanding permintaan 40 MLD.

Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata lojiloji berkenaan terletak di daerah Limbang dan Lawas.

“Namun cabaran yang agak sulit ialah kadar kehilangan air yang tidak terhasil atau Non Revenue Water (NRW) yang perlu diatasi segera.

“Sumber air dan pembinaan loji rawatan air baharu adalah satu keperluan segera selain pemasangan saluran paip baharu serta gantian paip uzur dengan paip baharu di kawasan yang telah dikenal pasti,” katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya semalam.

Ia susulan lawatan kerja beliau ke Limbang kelmarin.

Ketika lawatan kerja itu, Julaihi telah berkesempa­tan meninjau Muka Suak Air Mentah Sungai LImbang yang terletak 27 kilometer (km) dari Pejabat LAKU Management Limbang.

Beliau seterusnya mengadakan lawatan ke tapak Loji Rawatan Air Berawan Limbang yang kini mampu menghasilk­an 40 MLD air terawat.

“Semasa lawatan ini saya telah diberi taklimat oleh Pengurusan LAKU MANAGEMENT dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) mengenai keadaan bekalan air terkini

Namun cabaran yang agak sulit ialah kadar kehilangan air yang tidak terhasil atau Non Revenue Water (NRW) yang perlu diatasi segera.

Dato Sri Julaihi Narawi Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi

di bahagian Limbang (daerah Limbang dan Lawas).

“Taklimattu­rutmenyent­uh isu dan cabaran bekalan air di bahagian Limbang dan perancanga­n segera serta jangka panjang untuk membolehka­n bahagian ini mendapat bekalan air sepenuhnya,” katanya.

Hadir sama semasa lawatan kerja itu Setiausaha

Tetap Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi Jafri Lias, Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Syed Fauzi Sahab, Ketua Pegawai Eksekutif LAKU MANAGEMENT Daneil Punang, Pengarah JBALB Awang Fadillah Awang Reduan dan Pengurus Air LAKU Bahagian Limbang Muries Lukong.

 ?? ?? TINJAU: Julaihi (tiga kanan) bersama yang lain ketika mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Berawan di Limbang.
TINJAU: Julaihi (tiga kanan) bersama yang lain ketika mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Berawan di Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia