Utusan Borneo (Sarawak)

Program Akademi Sukan Bola Tampar UPMKB dijayakan di SK Kidurong 2

-

BINTULU: Program Akademi Sukan Bola Tampar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong 2 telah diadakan dengan jayanya pada hujung minggu lalu oleh pelajar Kursus QKS2120 Bola Tampar (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2023/2024 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Fasilitato­r programnya Roslan Ismail berkata, sambutan yang diberikan begitu menggalakk­an dengan penglibata­n 60 murid sekolah rendah di sekitar Bintulu.

Katanya, program itu bertujuan mencungkil bakat muda dalam kalangan pelajar sekali gus melahirkan pelajar ‘The Thinking Athlete’ yang mampu meningkatk­an prestasi dan pencapaian sukan negara serta membentuk sikap profesiona­lisme yang boleh dicontohi semua.

Beliau berkata, program yang julung kalinya diadakan itu menggunaka­n kaedah pembelajar­an secara bersemuka, selain ceramah tentang teknik-teknik asas dalam permainan bola tampar.

“Beberapa aktiviti melibatkan fizikal serta permainan turut diadakan untuk mengukuhka­n asasasas ketika bermain bola tampar,” ujarnya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, penceramah dan jurulatih yang mengendali­kan program ini ialah guru SK Kidurong 2 yang berpengala­man luas dalam sukan ini serta memiliki Sijil Kejurulati­han Bola Tampar Kebangsaan Tahap 3.

Sementara itu, guru lain yang turut terlibat ialah Nur Sufiana Mohd Sith dari SK Sri Simalajau yang menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Jolly Volley’ iaitu pengenalan sukan bola tampar melalui latihan dalam kumpulan.

Penceramah lain terdiri daripada Ketua Jabatan

Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaa­n Pengurusan dan Sains UPMKB Dr Wan Nor Zanariah Zainol@Abdullah yang mengupas tajuk ‘Healthy Food, Healthy Me’ serta Felo Pengajar Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaa­n, Pengurusan

dan Sains UPMKB Dr Abdul Hadi Samsi menyentuh tajuk ‘If I Can, You Can Too’.

Program turut melibatkan sesi teori, praktikal serta kejohanan mini antara peserta bagi menguji pemahaman dan tahap kemahiran mereka.

Perasmian disempurna­kan

Guru Besar SK Kidurong 2 Rozalani Raini dan turut hadir Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB Mohamad Syukri Mohamad Adnan dan Pegawai Psikologi Kanan Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB Hairunisah Abdul Rahman.

 ?? ?? BERSEMANGA­T: Peserta mengikuti latihan permainan bola tampar.
BERSEMANGA­T: Peserta mengikuti latihan permainan bola tampar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia