Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Universiti i-CATS, Sarawak Skills Miri jayakan gotong-royong di POKUFM

-

Rombongan seramai 61 pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) dan Sarawak Skills Cawangan Miri menjalanka­n program gotong-royong di Pusat Aktiviti Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri (POKUFM) di sini, barubaru ini.

Pensyarah Noraini Sahaini berkata, program ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan kursus MPU1252 Khidmat Masyarakat sebagai projek akhir pelajar program akademik i-CATS.

“Antara aktiviti utama diadakan ialah pelajar membersihk­an bahagian dalam dan persekitar­an premis POKUFM dan pelajar Diploma Pengurusan Perladanga­n juga melakukan penambahba­ikan pada tanaman hidroponik yang diusahakan oleh ahli-ahli POKUFM.

“Program ini turut

berkolabor­atif bersama pelajar elektrikal Sarawak Skills di mana mereka membantu untuk memasang lampu dan lampu solar di sekitar kawasan POKUFM dengan bimbingan empat tenaga pengajar kursus berkenaan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini.

Selain itu kata Noraini, penganjura­n program ini bertujuan menerapkan nilainilai murni dalam kalangan pelajar terutama melibatkan diri dalam aktiviti sukarela.

Di samping itu, program seperti ini secara tidak langsung mewujudkan jalinan kerjasama antara i-CATS dan Sarawak Skills dengan komuniti luar seperti POKUFM.

Sementara itu, penolong ketua program yang merupakan pelajar Higher National Diploma Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik semester 6 Deidre Bala berkata, beliau cukup teruja berpeluang membantu komuniti dan meluangkan sedikit masa untuk memberi kembali kepada masyarakat.

“Daripada program ini saya berpeluang belajar tentang keperluan dan cabaran dihadapi oleh orang kurang upaya fizikal.

“Saya juga dapat mengalami sendiri rasa puas hati dan kegembiraa­n apabila dapat membantu mereka dan melihat senyuman di wajah mereka.

“Diharapkan agar masyarakat lebih peka dan prihatin terhadap keperluan orang kurang upaya fizikal dan memberi peluang yang sama untuk bersinar,” ujarnya.

 ?? ?? KHIDMAT MASYARAKAT: Para pelajar membersihk­an ruang dalam premis POKUFM.
KHIDMAT MASYARAKAT: Para pelajar membersihk­an ruang dalam premis POKUFM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia