Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Zahari lawat Kolej Komuniti Mas Gading

-

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail melakukan lawatan kerja ke Kolej Komuniti Mas Gading, yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlan­gan JPPKK M. Azmi.

Menurut satu kenyataann­ya kelmarin, dalam pertemuan bersama warga kerja Kolej Komuniti Mas Gading, Mohd Zahari membincang­kan pelbagai isu strategik, dengan penekanan khusus terhadap penubuhan Yayasan POLYCC.

Tujuan utama penubuhan Yayasan POLYCC adalah sebagai inisiatif untuk menjaga kebajikan kakitangan dalam situasi darurat seperti kematian, masalah kesihatan atau urusan yang memerlukan dana yang segera.

Beliau menyoroti peranan penting POLYCC sebagai pengeluar pelajar TVET terbesar di Malaysia, menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruha­n.

Pada masa yang sama, menekankan kepentinga­n untuk

terus memperkuku­hkan dan memperluas­kan program-program TVET bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja tempatan.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, beliau mencadangk­an kolaborati­f strategik antara Kolej Komuniti MAS Gading dengan industri tempatan.

“Kerjasama ini diharapkan akan membawa manfaat yang besar termasuk pertukaran kepakaran, sumber daya dan pengalaman dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional,” katanya.

Selain itu, beliau juga menekankan program kesihatan yang bertujuan menggalakk­an aktiviti fizikal.

Dengan sasaran 10,000 langkah setiap hari, program ini memberi kesedaran akan pentingnya gaya hidup sihat dan aktif kepada semua warga kerja Kolej Komuniti Mas Gading.

Bagi mengakhiri program lawatan kerja itu, beliau telah dibawa melihat hasil kerja pelajar dan peserta kursus pendek serta meninjau kawasan kolej.

 ?? ?? TANDA KEHADIRAN: Mohd Zahari menandatan­gi Buku Pelawat sebagai simbolik pertama kali ke KKMG.
TANDA KEHADIRAN: Mohd Zahari menandatan­gi Buku Pelawat sebagai simbolik pertama kali ke KKMG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia