Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan kualiti udara baik, elak pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka boleh menyebabka­n keadaan berjerebu terutama pada musim kering berpanjang­an atau kemarau

- Jack Liam

KUCHING: Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam menyeru penduduk Lawas bersamasam­a memastikan kualiti udara sentiasa berkeadaan baik serta mengelakka­n aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabka­n keadaan berjerebu terutama pada musim kering berpanjang­an atau musim kemarau.

“Jika pembakaran terbuka perlu dilakukan untuk tujuan aktiviti pertanian, para petani perlulah mendapatka­n permit secara bertulis daripada pejabat NREB yang berdekatan.

“Mereka dinasihatk­an untuk lebih berhati-hati agar ia tidak merebak sehingga tidak terkawal dan boleh menyebabka­n berlakunya bencana jerebu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Alam Sekitar anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak Cawangan Limbang di Hotel Seri Malaysia, Lawas pada 4 Mac lalu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penolong Kontroler Kanan Penny Sumok.

NREB Sarawak dalam kenyataan berkata, seramai 125 peserta menyertai program yang turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Residen Lawas, Pejabat Daerah Lawas, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lawas, Jabatan Alam Sekitar Sarawak Cawangan Miri dan Pejabat Kesihatan Daerah Lawas.

Bertemakan ‘Larangan

Jika pembakaran terbuka perlu dilakukan untuk tujuan aktiviti pertanian, para petani perlulah mendapatka­n permit secara bertulis daripada pejabat NREB yang berdekatan.

Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak Pembakaran Terbuka dan Kesan Jerebu’, objektif penganjura­n program untuk menggalakk­an budaya kelestaria­n demi manfaat masa depan generasi di Sarawak.

Ia juga bertujuan memberi kesedaran isu berkaitan pembakaran terbuka, implikasi terhadap alam sekitar dan kesan jerebu kepada kesihatan. Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Lawas yang mewakili Residen Bahagian Limbang Joseph Ganang Surang, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lawas Azman Ibrahim dan Ketua Pejabat Jabatan Alam Sekitar Cawangan Miri Dr Grace Puyang Emang.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Para peserta bersama dif-dif jemputan merakam gambar kenangan pada Program Kesedaran Alam Sekitar di Hotel Seri Malaysia, Lawas pada 4 Mac lalu.
UNTUK ALBUM: Para peserta bersama dif-dif jemputan merakam gambar kenangan pada Program Kesedaran Alam Sekitar di Hotel Seri Malaysia, Lawas pada 4 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia