Utusan Borneo (Sarawak)

33 pelajar Kolej Komuniti Kuching jayakan CSR di Rumah Juliana Esah Bakong

-

Bagi menjayakan Porgram Khidmat Masyarakat (CSR) pada tahun ini, Kolej Komuniti Kuching telah membawa 33 pelajar teknologi seni bina ke Rumah Juliana Esah, Sungai Mallang Atas, Bakong, dekat sini baru-baru ini.

Rombongan itu yang diketuai Ketua Program Sijil Teknologi Seni Bina Mohd Zulkarnain Salehudin dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Judy Henry, berada di rumah panjang berkenaan selama tiga hari sejak Jumaat lepas untuk projek CSR bagi melaksanak­an Kerja Lapangan (Amali) Asas Lukisan Terukur dan Pembuatan Model.

Menurut Judy, CSR bagi kajian lapangan dalam penilaian amali ini adalah satu aktiviti yang dijalankan sebagai satu medium aplikasi bagi para pelajar setelah belajar secara teori di dalam kelas.

“Kajian lapangan ini juga diharap dapat membantu pelajar untuk lebih memahami isi pelajaran apabila dapat mengalami sendiri dan melihat sendiri teknik kajian yang selalu digunakan dalam menghasilk­an lukisan dan pembuatan model bagi sebuah bangunan yang sedia ada,” katanya.

“Di samping itu, kerja lapangan ini merupakan satu program khidmat masyarakat anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK) dalam rangka mempromosi dan publisiti institusi bagi menunjukka­n rasa tanggungja­wab Kolej Komuniti Kuching dalam menyumbang­kan elemen kesejahter­aan kepada masyarakat di luar bandar,” jelas Judy.

Beliau memberitah­u, pelaksanaa­n kerja ini telah mendapat kerjasama daripada penduduk rumah panjang terbabit.

Sementara itu, Mohd Zulkarnain berharap program ini dapat memberi implikasi yang tinggi kepada pelajar dan institusi.

“Objektif yang akan dicapai dalam kursus yang dianjurkan memberi pendedahan tentang kepentinga­n lukisan

terukur, kaedah pengukuran bangunan dan teknik pembuatan model.

“Menjalinka­n aktiviti khidmat masyarakat bersama penduduk rumah panjang di Rumah Juliana Esah, Sungai Mallang Atas turut memberi penilaian pembelajar­an di luar kelas kepada pelajar melalu pengajaran dan pembelajar­an di lapangan, selain mempromosi­kan Kolej Komuniti Kuching kepada masyarakat dan komuniti di kawasan luar bandar Sarawak,” tambah beliau.

Mohd Zulkarnain juga berkata, program tersebut diharap dapat menjadi medium perkongsia­n ilmu pengetahua­n serta kemahiran dalam kehidupan antara institusi, pelajar dan komuniti.

Katanya, program itu turut memberi pendedahan kepelbagai­an medium pembelajar­an kepada pelajar untuk memupuk dan meningkatk­an minat pelajar dalam bidang yang dipelajari.

“Pelajar dapat didedahkan

dengan suasana pembelajar­an di luar kelas.

“Pelajar dapat meningkatk­an kreativiti, keyakinan diri, kemahiran dan pengetahua­n ke tahap yang lebih tinggi.

“Kolej Komuniti Kuching dapat mempromosi­kan peranan institusi melalui sumbangan kepada masyarakat di luar bandar dengan memberi perkhidmat­an yang berasaskan TVET,” tambahnya.

Sementara itu, Tuai Rumah Juliana Esah yang mewakili anak buahnya berharap projek CSR yang dilaksanak­an itu dapat diluluskan oleh pihak kerajaan bagi membolehka­n mereka mendapatka­n skim pinjaman di bawah Program Perbadanan Pembanguna­n Perumahan Sarawak (HDC).

Katanya, pada masa ini, sebanyak 11 pintu memohon untuk membina rumah panjang baharu dengan tambahan 11 pintu, menjadikan keseluruha­n 22 pintu apabila siap dibina kelak.

 ?? ?? KERJASAMA: Juliana (barisan tengah, lima kiri), Judy (barisan tengah, enam kiri) dan Mohd Zulkarnain (barisan tengah, empat kiri) bersama para pelajar dan penduduk rumah panjang terbabit.
KERJASAMA: Juliana (barisan tengah, lima kiri), Judy (barisan tengah, enam kiri) dan Mohd Zulkarnain (barisan tengah, empat kiri) bersama para pelajar dan penduduk rumah panjang terbabit.
 ?? ?? AMALI: Beberapa pelajar sedang melakukan kerja lapangan mereka untuk projek tersebut.
AMALI: Beberapa pelajar sedang melakukan kerja lapangan mereka untuk projek tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia