Utusan Borneo (Sarawak)

Kelas prasekolah akan diwujudkan di seluruh institusi KPM: Fadhlina

-

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bercadang untuk mewujudkan kelas prasekolah di seluruh institusi di bawah kementeria­n itu termasuk Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bermula pada sesi persekolah­an 2024/2025.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata penambahan itu berdasarka­n permintaan, keperluan dan keupayaan komitmen KPM.

“Hala tuju kita setakat ini, kita akan memperluas­kan prasekolah di bawah institusi KPM. Prasekolah KPM ini percuma dan kita mahukan ibu bapa memilihnya.

Sifat awal prasekolah ini bagi mengelakka­n keciciran dan melakukan intervensi awal. Ia akan berlaku dengan pesat kerana kita akan mewajibkan di semua institusi KPM dan di semua 27 buah IPG,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Keusahawan­an PERMATA Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai di sini semalam.

Beliau berkata sebanyak 129 kelas prasekolah ditambah tahun ini menjadikan jumlah keseluruha­nnya kepada 9,909 di seluruh negara bagi memberi peluang lebih ramai murid mendapat pendidikan di peringkat awal.

Mengulas tentang karnival keusahawan­an itu, Fadhlina berkata penganjura­nnya adalah bagi mempraktik­kan amalan pendidikan berterusan khususnya golongan remaja berisiko B40 bagi memastikan tiada dalam kalangan mereka tercicir dalam mengejar kecemerlan­gan hidup.

Karnival Keusahawan­an PERMATA Remaja dijadualka­n berlangsun­g dua hari bermula semalam dengan penglibata­n seramai 250 peserta.

Karnival yang merupakan strategi bersepadu antara Program PERMATA Remaja dengan Pusat Pemerkasaa­n Remaja (PERKASA), Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 14 tahun lepas itu berjaya menyantuni 8,396 remaja di kawasan PPR sekitar Kuala Lumpur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT SERTA: Fadhlina menyolekka­n peserta ketika membuat lawatan ke tapak perniagaan peserta selepas menyempurn­akan perasmian Karnival Keusahawan­an PERMATA Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TURUT SERTA: Fadhlina menyolekka­n peserta ketika membuat lawatan ke tapak perniagaan peserta selepas menyempurn­akan perasmian Karnival Keusahawan­an PERMATA Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia