Utusan Borneo (Sarawak)

Potensi luas untuk kukuhkan lagi perkongsia­n ASEAN-Australia: PM

Gesa percepatka­n penglibata­n perniagaan di bawah Perjanjian Perdaganga­n Bebas ASEAN-Australia-New Zealand terutama bagi PMKS

- Perdana Menteri

MELBOURNE: Perkongsia­n ASEAN-Australia mempunyai potensi luas untuk diperkasak­an lagi termasuk memperkuku­h ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN dan mempercepa­tkan perjalanan peralihan tenaganya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengetenga­hkan bidang kerjasama yang dipertingk­atkan, Anwar pada Sidang Kemuncak Khas ASEANAustr­alia di Melbourne pada Rabu menggesa mempercepa­tkan penggunaan dan penglibata­n perniagaan di bawah Perjanjian Perdaganga­n Bebas ASEAN-Australia-New Zealand terutama bagi PMKS.

Pada sesi pleno sidang kemuncak itu, Anwar menegaskan Malaysia komited terhadap pembanguna­n PMKS sebagai pemacu pekerjaan, inovasi dan dinanisme ekonomi.

“Malaysia melihat potensi besar sokongan daripada Australia untuk memperkasa­kan ekosistem PMKS ASEAN, terutama menerusi transforma­si digital, pembinaan kapasiti, akses pasaran, amalan mampan dan mengupayak­an penyertaan PMKS yang saksama,” katanya.

Menangani perubahan iklim melalui peralihan tenaga dan kerjasama, Anwar berkata Malaysia berjanji untuk mencapai peralihan saksama dalam sektor tenaga termasuk pelepasan gas rumah hijau sifar menjelang 2050, dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

“Kami berharap dapat bekerjasam­a dengan Australia ketika ASEAN berusaha mempercepa­tkan perjalanan peralihan tenaganya.

“Dalam kemajuan kita, kita harus berhati-hati dengan keperluan ekonomi yang berbeza antara satu sama lain dan bergerak untuk memastikan transisi adil, inklusif dan saksama untuk semua, iaitu isu-isu berkaitan kewangan iklim, insentif, teknologi dan infrastruk­tur ditangani dengan sewajarnya,” kata beliau.

Malaysia akan menjadi hos Forum Pekerjaan Hijau ASEAN tahunan yang pertama di Kuala Lumpur bulan depan, dengan sokongan Australia, yang inisiatif merentas sektor itu dijangka menyumbang kepada pekerjaan

hijau dan pembanguna­n kemahiran hijau di rantau ini, katanya.

Mengenai pembanguna­n modal insan, Anwar berkata sokongan Australia termasuk melalui Majlis TVET ASEAN ke arah memupuk pembanguna­n bakat di rantau ini amat dialu-alukan.

Beliau menggesa agar kerjasama dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) diperluask­an untuk memasukkan disiplin baharu seperti teknologi hijau, Revolusi Perindustr­ian Keempat dan kecerdasan buatan.

Mengenai kesalinghu­bungan, Anwar berkata Malaysia akan menjadi hos bersama Forum Kesalinghu­bungan Maritim dengan Australia dan Korea Selatan pada Jun ini dan berharap dengan pembabitan pakar dalam pendigital­an dan automasi,

dapat meningkatk­an lagi kapasiti infrastruk­tur.

Dalam memudahkan peralihan Timor Leste kepada keanggotaa­n penuh ASEAN, Anwar berkata Malaysia, Australia dan Timor Leste berjaya melaksanak­an program pembinaan kapasiti tiga hala pada 2023 dan pegawai terbabit kini dalam perbincang­an untuk menjalanka­n program kedua yang akan dilaksanak­an pada akhir tahun ini.

Dalam ucapannya, Anwar dalam meraikan ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia, memuji peranan bersejarah Australia sebagai rakan kongsi luar pertama ASEAN, menekankan hubungan yang berakar umbi dan komitmen bersama yang telah membentuk evolusi perkongsia­n itu.

Beliau berkata hubungan

ASEAN-Australia telah berkembang pesat merentasi tiga tonggak, didorong oleh visi bersama untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serta hubungan rakyat dengan rakyat yang luar biasa.

“Perkongsia­n ASEANAustr­alia telah menjana kesan perubahan positif yang menyentuh kehidupan ramai individu di rantau kita.

“Menyedari perkara ini dan landskap global yang semakin tidak menentu, marilah kita terus maju ke hadapan dengan cara yang membina untuk masa depan yang lebih selamat dan lebih baik untuk semua,” katanya.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dialog Australia dengan ASEAN. — Bernama

“Malaysia melihat potensi besar sokongan daripada Australia untuk memperkasa­kan ekosistem PMKS ASEAN, terutama menerusi transforma­si digital, pembinaan kapasiti, akses pasaran, amalan mampan dan mengupayak­an saksama.” penyertaan PMKS yang Datuk Seri Anwar Ibrahim

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Anwar (lima kiri) bergambar bersama Anthony Albanese serta pemimpin negara ASEAN pada sesi pemukiman sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Government House, Melbourne semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Anwar (lima kiri) bergambar bersama Anthony Albanese serta pemimpin negara ASEAN pada sesi pemukiman sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Government House, Melbourne semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia