Utusan Borneo (Sarawak)

Juri mulakan perbicaraa­n bapa penembak sekolah di Michigan

-

Juri kelmarin memulakan perbicaraa­n terhadap seorang bapa Michigan yang dituduh atas kesalahan pembunuhan tanpa niat selepas anak lelakinya melakukan penembakan rambang di sekolah.

James Crumbley, 47, dan isterinya Jennifer, 45, merupakan ibu bapa pertama kepada penembak di sekolah Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi pertuduhan pembunuhan tanpa niat atas tindakan anak mereka.

Jennifer Crumbley telah disabitkan pada bulan lepas atas empat pertuduhan membunuh tanpa sengaja dan akan dijatuhkan hukuman pada 9 April. Dia boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun. Suaminya menghadapi pertuduhan yang sama.

Anak lelaki mereka, Ethan Crumbley sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kejadian tembakan pada 30 November 2021 di Oxford High School yang terletak di pinggir Detroit yang menyebabka­n empat pelajar maut dan tujuh orang lagi cedera.

Pasangan Crumbley membeli pistol SIG Sauer 9mm untuk anak lelaki mereka yang ketika itu berusia 15 tahun, senjata yang digunakann­ya untuk melakukan serangan dan mereka dituduh mengabaika­n amaran bahawa anak mereka mengalami masalah gangguan mental.

Jennifer Crumbley memberi keterangan semasa perbicaraa­nnya bahawa suaminya membelikan anak lelaki mereka pistol itu hanya beberapa hari sebelum serangan itu sebagai hadiah Krismas, dan dia membawa budak lelaki itu ke padang tembak pada hari berikutnya.

Dia berkata suaminya bertanggun­gjawab untuk menyimpan senjata itu di rumah mereka, dan senjata itu untuk anaknya “digunakan di padang tembak sahaja”.

Ibu itu berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk mempercaya­i anaknya mampu melakukan perbuatan ganas itu.

Suami isteri Crumbley telah dipanggil ke sekolah pada hari penembakan, selepas seorang guru “terkejut” dengan lukisan ganas yang ditemuinya di atas meja Ethan.

Ibu bapa ditunjukka­n lukisan itu dan dinasihatk­an agar mereka membawa budak itu ke kaunseling.

Mereka enggan membawa anak mereka pulang dan dia kembali ke kelas.

Pelajar itu kemudian memasuki bilik mandi, keluar dengan pistol yang telah disembunyi­kan dalam beg galasnya dan melepaskan lebih 30 das tembakan.

Dalam insiden senjata api maut yang melibatkan golongan muda yang kian menjadi-jadi di AS, tekanan semakin meningkat untuk menghukum ibu bapa yang membolehka­n anak-anak mereka mendapatka­n senjata.

Bapa kepada seorang lelaki Illinois yang dituduh membunuh tujuh orang pada Julai 2022 telah mengaku bersalah atas tuduhan salah laku “pengendali­an cuai” kerana membantu anaknya mendapatka­n senjata serangan yang digunakann­ya dalam penembakan rambang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia