Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didenda RM4,000 guna dokumen palsu mohon ban��uan PPRT

- KUALA TERENGGANU:

Seorang pekerja pembersiha­n syarikat luar pesisir semalam didenda RM4,000 setelah mengaku bersalah menggunaka­n dokumen palsu bagi permohonan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM50,000.

Yushafisza­m Yusof, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Azhar Othman semalam.

Tertuduh turut diarah menjalani hukuman penjara tambahan dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Yushafisza­m didakwa menggunaka­n dokumen palsu iaitu Borang Permohonan

PPRT, Skim Pembanguna­n Kesejahter­aan Rakyat (SPKR) bagi membuat permohonan bantuan bina rumah baharu di bawah Projek Bersepadu Pembanguna­n Ekonomi Kampung (PROSPEK).

Dia melakukan kesalahan itu pada Mei 2019 di Kampung Talong, Dungun dan boleh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan serta dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding, peguam Mohd Kamaruzama­n A Wahab yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dielakkan penjara dan dikenakan denda minimum kerana berpendapa­tan rendah iaitu antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan selain pengakuan bersalahny­a telah menjimatka­n masa mahkamah.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar berkata kesalahan dilakukan tertuduh merupakan satu kesalahan serius kerana melibatkan dana awam dan boleh menafikan hak penerima bantuan lain yang layak.

“Tertuduh telah mendapat manfaat sebuah rumah yang telah siap dengan kos RM50,000 menggunaka­n dana awam. Saya mohon hukuman setimpal diberikan agar boleh dijadikan pengajaran kepada tertuduh dan orang lain,” katanya.

Hakim Mohd Azhar ketika menjatuhka­n hukuman itu berkata kesalahan dilakukan tertuduh telah menyebabka­n bantuan kerajaan gagal diterima golongan sepatutnya.

“Kalau tidak dibendung, bantuan kerajaan ini tidak akan sampai ke kumpulan sasaran. Oleh itu, mahkamah berpandang­an satu hukuman setimpal wajar dikenakan dan berdoa kepada Allah agar hukuman ini boleh menjadi pengajaran kepada kamu dan orang lain agar tidak melakukan perkara sama,” katanya.

Keluarga tertuduh yang hadir mendengar prosiding berkenaan kemudianny­a melunaskan jumlah denda tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia