Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad

Panel ��iga hakim sebula�� suara ba��alkan sabi��an dan hukuman penjara enam ��ahun dan denda RM15.45 ju��a yang dija��uhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

- Datuk Vazeer Alam Mydin Meera Hakim Mahkamah Rayuan Saidin. — Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam melepas dan membebaska­n bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada kesemua sembilan pertuduhan rasuah membabitka­n RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, secara sebulat suara membatalka­n sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Feb 2021 selepas membenarka­n rayuan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

“Terdapat merit dalam rayuannya dan ia dibenarkan. Rayuan terhadap sabitan dan hukuman dibenarkan. Perintah Mahkamah Tinggi diketepika­n,”

Terdapa�� meri�� dalam rayuannya dan ia dibenarkan. Rayuan ��erhadap sabi��an dan hukuman dibenarkan. Perin��ah Mahkamah Tinggi dike��epikan.

kata hakim itu.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah.

Beliau didakwa pada 2018 dengan sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md

Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh FELDA Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC di sini, antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000,

mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala Mohd Isa diwakili peguam Datuk Salehuddin

 ?? — Gambar Bernama ?? SELESAI: Mohd Isa selepas selesai prosiding rayuanya di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalami.�
— Gambar Bernama SELESAI: Mohd Isa selepas selesai prosiding rayuanya di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalami.�

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia