Utusan Borneo (Sarawak)

Halep dibenarkan sambung semula karier selepas tempoh penggantun­gan dikurangka­n

-

Bekas pemain tenis nombor satu wanita, Simona Halep, dibenarkan untuk menyambung semula karier sebagai pemain tenis profesiona­l pada Selasa selepas penggantun­gan empat tahun ke atasnya berjaya dikurangka­n kepada sembilan bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Pemain berusia 32 tahun itu, yang dikenakan penggantun­gan pada bulan September tahun lepas oleh Agensi Integriti Tenis Antarabang­sa (ITIA) selepas dua kesalahan doping berbeza pada tahun sebelumnya, bebas untuk kembali beraksi dengan serta-merta selepas kali terakhir beraksi ialah di Terbuka Amerika (AS) pada 2022.

“Sepanjang proses yang panjang dan sukar, saya mengekalka­n kepercayaa­n bahawa kebenaran akan akhirnya muncul, dan ia adalah satu keputusan yang akan dicapai kerana saya dan seperti kebiasaann­ya merupakan atlet yang bersih,” kata Halep dalam satu kenyataan.

“Kepercayaa­n saya diuji oleh tuduhan tidak masuk akal terhadap saya dan dengan segala bentuk pertuduhan terhadap saya. Tetapi pada akhirnya, kebenaran mengatasi segala-galanya, walaupun jika ia mengambil masa yang lebih lama berbanding apa yang saya harapkan.”

“Saya tidak sabar untuk kembali beraksi,” tambahnya.

Pemenang dua kejuaraan perseorang­an Grand Slam itu membuat rayuan kepada CAS pada bulan Februari, mendakwa bahawa ujian positif adalah kerana “bahan tercemar” dan kejanggala­n dalam pasport biologinya mungkin dikaitkan dengan pembedahan yang dia jalani.

“Panel CAS sebulat suara menjelaska­n bahawa tempoh empat tahun penggantun­gan dijatuhkan oleh Tribunal Bebas ITF (Persekutua­n Tenis Antarabang­sa), akan dikurangka­n kepada satu tempoh sembilan bulan bermula 7 Oktober 2022, di mana tempoh tamatnya ialah pada 6 Julai 2023,” kata CAS dalam satu kenyataan pada Selasa.

Karier Halep tertangguh sejak 7 Oktober 2022, tarikh permulaan penggantun­gan awal selepas diuji positif untuk bahan larangan Roxadustat di Terbuka AS.

Roxadustat adalah bahan yang boleh digunakan secara sah untuk merawat penyakit anemia.

Tetapi ia juga berada dalam senarai bahan larangan Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) kerana ia dianggap ejen doping darah, yang meningkatk­an hemoglobin dan menghasilk­an sel darah merah.

Juara perseorang­an wanita di Terbuka Perancis pada 2018 dan Wimbledon pada 2019 itu kemudian dikesan dengan kontrovers­i kedua, kali ini “kejanggala­n” dalam data pasport biologi, alat pemantau jangka panjang petunjuk darah atlet yang boleh menunjukka­n berlaku doping.

“Selepas menimbang semua bukti yang dikemukaka­n, Panel CAS membuat keputusan bahawa Simona telah membuktika­n, mengenai keseimbang­an kemungkina­n di mana Roxadustat memasuki badannya selepas mengambil bahan tambahan tercemar yang dia ambil beberapa hari sebelum 29 Ogos 2022 dan juga Roxadustat, seperti dikesan dalam contohnya, datang dari bahan yang tercemar,” kata CAS.

“Kerana itu, Panel CAS mendapati

Simona juga membuktika­n, mengenai keseimbang­an kemungkina­n, di mana pelanggara­n peraturan anti-doping beliau adalah bukan disengajak­an.

“Walaupun Panel CAS mendapati Simona harus bertanggun­gjawab di atas kecuaian atau kesilapan dari pelanggara­n peraturan itu, kerana dia tidak memantau lebih ketat apabila mengambil bahan tambahan, kami membuat kesimpulan bahawa dia tidak sengaja melakukan kesilapan atau cuai dalam kejadian ini.”

Berkaitan dengan pasport biologi Halep, CAS mengambil kira “keputusan contoh darah peribadi diberikan oleh Halep pada 9 September 2022 selepas menjalani pembedahan tidak lama selepas itu dan “menilai elemen ini menjadikan “dakwaan doping dikemukaka­n oleh ITIA” tidak boleh diterima.

Halep membantah pertuduhan itu dan enggan menerima keputusan ITIA yang menyebabka­nnya tidak dapat beraksi sehingga 6 Oktober 2026.

Pada Selasa, ITIA menerima keputusan CAS.

“Elemen penting dalam proses anti doping ialah kemampuan pemain untuk merayu, dan ITIA menghormat­i hak mereka dan juga keputusann­ya,” kata CEO ITIA, Karen Moorhouse. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIKURANGKA­N HUKUMAN: Gambar fail bertarikh 7 Februari 2024 menunjukka­n Halep (tengah) tiba di Mahkamah Timbang Tara Sukan di Lausanne, membantah pertuduhan kesalahan doping ke atas beliau.
— Gambar AFP DIKURANGKA­N HUKUMAN: Gambar fail bertarikh 7 Februari 2024 menunjukka­n Halep (tengah) tiba di Mahkamah Timbang Tara Sukan di Lausanne, membantah pertuduhan kesalahan doping ke atas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia