Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal lebih matang berbanding musim lepas: Jorginho

-

Jorginho percaya pasukannya, Arsenal, melihat saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali ini dengan lebih matang berbanding musim lepas, apabila mereka gagal mengekalka­n cabaran di akhir musim.

Skuad kendalian Mikel Arteta berada di tangga teratas liga untuk hampir sepanjang musim 2022/2023 tetapi Manchester City memintas pada beberapa minggu terakhir untuk memenangi kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut.

Arsenal sudah mengembali­kan saingan mereka sejak pertukaran tahun, memenangi kesemua tujuh perlawanan liga dengan purata gol 31-3 ketika mereka memburu impian memenangi kejuaraan liga buat kali pertama sejak 2004.

Arsenal, yang berada di tangga ketiga liga ketika ini, membelasah kelab tercorot, Sheffield United 6-0 pada Isnin lepas untuk berada kurang satu mata di belakang City dan dua mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dengan berbaki 11 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Liverpool akan menanti kunjungan City Ahad ini, sehari selepas Arsenal bertemu Brentford.

“Prestasi skuad adalah hebat dan mentaliti kami juga kembali kuat untuk meneruskan rentak,” kata Jorginho selepas prestasi cemerlang pasukannya di Bramall Lane.

“Ia adalah benar-benar bagus untuk melihat sebuah pasukan bermain dengan menyerang dan mahu terus berusaha.”

Ditanya apa perbezaan tentang pasukan musim ini berbanding musim lepas yang gagal mengekalka­n rentak di akhir musim, pemain tengah antarabang­sa Itali itu menambah: “Saya fikir kematangan.

“Kami sekarang lebih matang tentang bagaimana kami bersaing dan bagaimana kami menguruska­n perlawanan. Saya fikir itu yang berlaku.”

Arsenal juga menjaringk­an gol ke 10,000 kelab ketika menentang Sheffield United dan juga mencipta rekod sebagai pasukan pertama dari liga Inggeris yang memenangi tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan dengan menjaringk­an lima gol atau lebih.

“Kami gembira dengan apa yang kami lakukan tetapi kami perlu meneruskan rentak ini,” kata Jorginho.

“Kerana jika kami fikir ‘oh ya, menarik, ia sudah dilakukan’, tidak, kami perlu merendah diri dan terus berusaha.”

Rakan sepasukan Jorginho, Declan Rice, pada musim pertamanya di kelab, berkata ia merupakan “kebangkita­n hebat sejak cuti Krismas, apabila kami tewas dua perlawanan berturut-turut.” — AFP

 ?? Gambar AFP ?? SEMAKIN BAGUS: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Sheffield United dan Arsenal di Bramall Lane di Sheffield, baru-baru ini.—
Gambar AFP SEMAKIN BAGUS: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Sheffield United dan Arsenal di Bramall Lane di Sheffield, baru-baru ini.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia