Utusan Borneo (Sarawak)

Kane pastikan Bayern ke suku akhir

Menjaringk­an gol dalam kedua-dua babak ketika bantu pasukan menewaskan Lazio 3-0 dengan kemenangan agregat 3-1 pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara

-

MUNICH:HarryKanem­enjaringka­n gol dalam keduadua babak ketika Bayern Munich menewaskan Lazio 3-0 pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga JuaraJuara untuk melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan dengan kemenangan agregat 3-1 pada Selasa.

Kane menanduk gol penyamaan agregat buat Bayern pada minit ke-38, mengikat gol kemenangan Lazio dari perlawanan pertama untuk gol kejohanan yang pertamanya di pusingan kedua kejohanan dalam tempoh lima tahun.

Thomas Mueller menambah jaringan dengan satu lagi tandukan sebelum Kane melengkapk­an jaringan pada minit ke-66, merembat bola muntah dari rembatan Leroy Sane untuk mengesahka­n kemaraan Bayern ke pusingan seterusnya.

“Ia adalah malam sempurna bagi kami,” kata Kane.

“Semua orang bertenaga, bergerak di seluruh padang, cara kami bermain dan mencipta peluang serta mengasak tanpa bola – ia adalah prestasi yang terbaik.”

Bayern mengekalka­n peluang tipis untuk memenangi kejuaraan liga selain memberikan jurulatihn­ya, Thomas Tuchel, yang akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini, peluang terus berkhidmat sehingga perlawanan suku akhir pada bulan hadapan.

Kane menyedari cara ‘pemecatan’ Tuchel adalah “jarang berlaku” namun menambah “malam seperti ini boleh mengubah musim. Saya bangga dengan pasukan – kami harus mengekalka­n rentak ini.”

Kekalahan memusnahka­n impian Lazio untuk melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan untuk kali pertama sejak musim 1999/2000.

Bayern, juara enam kali Eropah, memulakan perlawanan pada Selasa dengan bayangan tersingkir di pusingan kedua kejohanan buat kali kedua dalam tempoh 14 musim terakhir.

Tiga kekalahan berturuttu­rut termasuk tewas 0-1 di Lazio pada perlawanan pertama menghasilk­an tempoh terburuk Bayern sejak 2015, menyebabka­n Tuchel akan ditamatkan kontrak setahun lebih awal.

Dengan Tuchel dibenarkan meneruskan tugas sehingga tamat musim ini, dia berjanji akan bersikap lebih “kejam”.

Pada Selasa, dia meletakkan Kim Min-jae di bangku simpanan dan menggantik­annya dengan Eric Dier sementara meletakkan Joshua Kimmich – yang biasa bermain di posisi tengah bersama Bayern dan Jerman – ke posisi pertahanan kanan.

Bayern mengasak awal dengan Sane dan Jamal Musiala turut membantu serangan.

Penjaring gol kemenangan Lazio pada perlawanan pertama,

Ciro Immobile, mempunyai peluang keemasan untuk membuka jaringan selepas kesilapan Matthijs de Light pada minit ke-36 namun penyudahny­a tersasar.

Kegagalan itu ternyata membawa padah apabila Kane membuka jaringan tidak lama selepas itu, menanduk umpanan Raphael Guerreiro untuk mengikat kedudukan secara agregat.

Mueller, yang beraksi lebih kerap sejak pengumuman penamatan lebih awal kontrak Tuchel, menambah jaringan pada minit akhir sebelum rehat apabila menanduk satu umpanan De Ligt.

Walaupun menjaringk­an 31 gol dari 32 perlawanan sejak tiba dari Tottenham Hotspur pada musim panas lepas, media Jerman berseloroh bahawa Kane – yang belum pernah memenangi kejuaraan liga ketika di

England – membawa badi ke Bayern, dalam bahaya musim pertama kelab tanpa kejuaraan sejak 2012.

Kane bagaimanap­un memastikan Bayern terus bersaing di Eropah apabila merembat bola muntah selepas rembatan Kane gagal ditepis kemas oleh penjaga gol Lazio, Ivan Provedel.

Dengan Immobile dikeluarka­n kerana kecederaan, Lazio ternyata tumpul di jentera serangan ketika Bayern terus mengekalka­n penguasaan permainan sehingga ke wisel penamat.

Bayern juga mengekalka­n rekod tanpa bolos untuk lapan perlawanan, membolehka­n penjaga golnya, Manuel Neuer menyamai rekod 57 perlawanan tanpa bolos dalam Liga Juara-Juara yang dicipta penjaga gol legenda Real Madrid, Iker Casillas. — AFP

“Semua orang bertenaga, bergerak di seluruh padang, cara kami bermain dan mencipta peluang serta mengasak tanpa ” bola – ia adalah prestasi yang terbaik. Harry Kane Penyerang Bayern Munich

 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Kane (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Juara-Juara pusingan Ke-16 di antara Bayern Munich dan Lazio di Munich, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Kane (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Juara-Juara pusingan Ke-16 di antara Bayern Munich dan Lazio di Munich, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia