Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak juara keseluruha­n acara Poomsae Kejohanan Taekwondo Kebangsaan TM

-

Pasukan Sarawak muncul juara keseluruha­n acara Poomsae di Kejohanan Taekwondo Kebangsaan TM (WTF)MSN-Milo Ke-14, 2024 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Ia selepas pasukan mewakili Persatuan Taekwondo Sarawak (Sarawak WTR) meraih enam emas, lima perak dan dua gangsa di kejohanan itu.

Kejohanany­angberlang­sung di Arena Stadium Tertutup Olimpik Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Kuala Lumpur menyaksika­n eksponen-eksponen taekwondo Sarawak muncul sebagai pemenang dalam pelbagai kategori, diketuai ketua pasukan Grand Master Tan Check Joon.

Tan juga dibantu oleh pengurus pasukan Cheng Qiang bersama barisan jurulatih terdiri daripada Duong Thi Huynh Mai, Nguyen Thi Mong Quynh dan Purim Purintaphi­ban.

“Wakil Sarawak yang bertanding dalam pertanding­an ini menggondol enam pingat emas, lima perak dan dua gangsa serta membawa pulang piala juara keseluruha­n pasukan Poomsae serta trofi cabaran berikutan prestasi cemerlang,” kata WTF Sarawak dalam satu kenyataan kelmarin.

Kejohanan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persekutua­n Taekwondo Malaysia (WTF) dan disokong Majlis Sukan Negara (MSN) itu menarik seramai 1,087 peserta dari seluruh negara.

Diadakan dalam tempoh tiga hari yang mendebarka­n, acara itu mendapat sokongan padu daripada penonton yang memenuhi Arena Stadium Tertutup, MOM, Bukit Jalil untuk menyaksika­n perlawanan tersebut.

Sementara itu, ketika melahirkan rasa kagum dengan prestasi cemerlang pasukan Sarawak, Presiden WTF Sarawak Azizul Annuar Adenan memuji pencapaian atlet yang mempamerka­n aksi bersemanga­t mereka di pentas kebangsaan.

“Anak Sarawak kita datang dari Kuching, Bintulu, Sibu, Meradong dan Lawas menunjukka­n daya tahan yang luar biasa dalam penampilan sulung mereka di kejohanan itu,” kata Azizul.

Persembaha­n cemerlang pasukan Sarawak memastikan mereka meraih gelaran juara berprestij dalam acara Poomsae, bersama trofi cabaran yang diidam-idamkan, mempertaha­nkan status mereka sebagai pencabar hebat dalam bidang taekwondo, tambahnya.

Azizul berkata, kejayaan pasukan Sarawak pada kejohanan kebangsaan mempamerka­n persembaha­n cemerlang daripada atlet lelaki dan wanita.

Antara pencapaian atlet lelaki, Randy Owen Augustine Linggi meraih emas kategori berpasanga­n campuran atas 17 tahun Poomsae Diiktiraf dan gangsa dalam individu 18-30 tahun.

Chin Ken Haw pula menonjol dengan dua emas Poomsae Freestyle dan dua perak Poomsae Diiktiraf.

Sementara itu, Nur Humairah Abdul Karim menyumbang dua emas dalam kategori individu dan berpasanga­n Poomsae Diiktiraf serta Freestyle Wanita.

Seah Jing Ying meraih emas dan perak manakala Farah Nabilla Madarrus menyumbang perak dan gangsa kepada pasukan.

 ?? ?? CEMERLANG: Pasukan Sarawak merakam kenangan di Arena Stadium Tertutup MOM di Bukit Jalil selepas melakar kejayaan membanggak­an.
CEMERLANG: Pasukan Sarawak merakam kenangan di Arena Stadium Tertutup MOM di Bukit Jalil selepas melakar kejayaan membanggak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia