Utusan Borneo (Sarawak)

PSG raih kemenangan di Sociedad

Menerusi sentuhan Mbappe untuk menang 2-1 dan memastikan pasukan melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara

-

SAN SEBASTIAN: Kylian Mbappe memastikan Paris Saint-Germain (PSG) melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan menjaringk­an dua gol ketika menang 2-1 di Real Sociedad pada Selasa, membolehka­n pasukannya menang 4-1 secara agregat.

Jurulatih PSG, Luis Enrique mengurangk­an tempoh permainan Mbappe dalam beberapa minggu yang lalu selepas pemain memberitah­u kelab bahawa dia tetap akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini namun kapten antarabang­sa Perancis itu membuktika­n bahawa dia adalah pemain penting jika PSG mahu memenangi kejuaraan Eropah buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Mbappe ternyata sukar dikawal oleh Real Madrid dan golnya pada minit ke-15 dan 56 membolehka­n pendahulu Ligue 1 Perancis itu meninggalk­an Sepanyol dengan senyuman lebar.

“Kami berasa sangat gembira, itu adalah sasarannya,” kata Mbappe.

“Kami mahu layak (ke suku akhir) tetapi hari ini, kami juga mahu menang dan memberikan diri kami sendiri

perlawanan yang selesa. Itulah apa yang kami lakukan.

“Kami mempunyai pelan permainan yang jelas. Kami

berjaya menjaringk­an gol lebih awal dan apa yang penting, kami berjaya mengelak meletakkan diri kami dalam keadaan yang sukar.”

Dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid, Mbappe memberikan gambaran awal kepada pertahanan La Liga Sepanyol apa yang bakal mereka hadapi pada musim hadapan.

Mbappe, yang turut menjaringk­an gol pada perlawanan pertama, mempunyai cubaan awal tetapi rembatanny­a sedikit tinggi dan kemudian melepasi kawalan Hamari Traore untuk mengumpan bola kepada Bradley Barcola tetapi penjaga gol Sociedad, Alex Remiro bertindak tangkas menghadang bola.

Ia bagaimanap­un amaran yang tidak diendahkan Sociedad dan mereka gagal menghalang penyerang berusia 25 tahun itu membuka jaringan dengan mengelecek dan kemudian merembat dari sudut sukar.

Walaupun mengawal permainan, PSG bagaimanap­un memerlukan 11 minit selepas rehat untuk menambah jaringan dengan Mbappe sekali lagi melepasi kawalan Remiro sebelum merembat untuk gol keenam dari lapan perlawanan Liga Juara-Juara musim ini.

Real Sociedad mula meningkatk­an permainan tetapi ia ternyata terlalu lewat untuk mengubah nasib mereka.

Pemain gantian, Ander Barrenetxe­a ada menjaringk­an gol selepas dimasukkan namun golnya tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid.

Penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma beraksi tangkas menepis cubaan Benat Turrientes ketika pasukan tuan rumah mencari gol sagu hati, yang akhirnya muncul pada akhir permainan.

Dengan hanya satu kemenangan dari 10 perlawanan dalam semua pertanding­an, Real Sociedad terus bergelut untuk memburu kelayakan ke Liga Europa musim hadapan.

Walaupun menang bergaya, PSG mempunyai beberapa berita buruk dengan pemain pertahanan­nya, Achraf Hakimi, tidak akan dapat beraksi pada perlawanan suku akhir pertama selepas menerima kad kuning, menyebabka­nnya digantung satu perlawanan.

PSG, yang melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan buat kali pertama sejak 2021, bagaimanap­un tidak terlalu risau kerana memiliki Mbappe di jentera serangan walaupun menyedari mereka hanya mempunyai beberapa minggu untuk menggunaka­n khidmatnya.

Kami mahu layak (ke suku akhir) tetapi hari ini, kami juga mahu menang dan memberikan diri kami sendiri perlawanan yang selesa. Itulah apa yang kami lakukan.

Kylian Mbappe Penyerang Paris Saint-Germain

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Mbappe (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Real Sociedad Brais Mendez pada perlawanan Liga Juara-Juara pusingan Ke-16 di antara Real Sociedad dan Paris Saint-Germain di stadium Anoeta di San Sebastian, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Mbappe (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Real Sociedad Brais Mendez pada perlawanan Liga Juara-Juara pusingan Ke-16 di antara Real Sociedad dan Paris Saint-Germain di stadium Anoeta di San Sebastian, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia