Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan judo Sarawak cemerlang pada kejohanan kebangsaan di Lumut

-

SIBU: Pasukan judo Sarawak kembali dari Kejohanan Judo Kebangsaan yang berlangsun­g di Lumut, Perak, hujung minggu lalu dengan pencapaian cemerlang.

Mereka telah menunjukka­n prestasi luar jangkaan apabila memenangi empat pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.

Leng Ko Jia, 15, menjadi tumpuan utama selepas kejayaanny­a memenangi pingat emas dalam kategori 70kg remaja dan kadet wanita.

Pencapaian gemilang ini turut diikuti Tan Xin Hung dalam acara 90kg remaja wanita dan Ashley Tan dalam kategori remaja 52kg wanita, masing-masing meraih pingat emas.

Pingat perak pula dimenangi Lee Yi Han bagi kategori 70kg wanita, Michael Jerim dalam 60kg kadet lelaki dan Leng Ko Bing dalam 48kg remaja wanita.

Manakala pingat gangsa dimenangi Lee Yi Han dalam 70kg remaja wanita dan Lau Swee Hung dalam 90kg remaja lelaki.

Presiden Persatuan Judo Sarawak (PJS) Ngiam Sze Yuan menyifatka­n keputusan tersebut di luar jangkaan.

“Atlet kami telah memberikan persembaha­n yang

terbaik pada kejohanan ini dan bersungguh-sungguh untuk memenangi sesuatu untuk Sarawak,” katanya.

PJS kini menaruh harapan tinggi kepada pasukan ini untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Mukah.

Ngiam turut berkongsi keyakinann­ya khususnya terhadap Leng Ko Jia dan Tan Xin Hung dengan menyatakan potensi

mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Malangnya, dua lagi atlet iaitu Elisha Noel Dylan dan Clarisse Chelsea Jerim mengalami kecederaan semasa kejohanan itu.

Ngiam berharap agar kedua-dua atlet ini dapat pulih sepenuhnya menjelang SUKMA.

Menyentuh aspek latihan,

Ngiam memuji usaha jurulatih Jepun mereka Igarashi Jumpei yang telah bekerja keras memastikan pasukan kekal padu dan bersedia untuk beraksi.

Menurut beliau, sejak Igarashi mengambil alih tampuk kejurulati­han tahun lalu, pasukan negeri telah menunjukka­n peningkata­n ketara.

 ?? ?? CEMERLANG: Pasukan judo Sarawak merakam gambar kenangan selepas kejohanan tersebut berakhir baru-baru ini.
CEMERLANG: Pasukan judo Sarawak merakam gambar kenangan selepas kejohanan tersebut berakhir baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia