Utusan Borneo (Sarawak)

TDM tubuh Lembaga Siasatan peringkat dalaman kenal pasti punca dakwaan salah laku pegawai kanan

-

KUCHING: Tentera Darat Malaysia(TDM)menubuhkan Lembaga Siasatan peringkat dalaman bagi mengenal pasti punca dakwaan salah guna kuasa dan menggunaka­n kekerasan oleh seorang pegawai kanan Tentera Darat yang kini bertugas di Sarawak.

TDM menerusi satu kenyataan semalam berkata, laporan polis yang dibuat oleh pengadu iaitu seorang pegawai tentera pada 3 Mac 2024 telah tular di media sosial.

Pengadu mendakwa telah ditampar di bahagian kiri muka dan ditendang di bahagian perut oleh pegawai kanan berkenaan sehingga menyebabka­n pengadu mengalami kecederaan pada tisu lembut di atas mata dan ‘blunt trauma.’

“Kejadian berlaku semasa pegawai sedang menjalani latihan peringkat formasi.

“TDM menegaskan organisasi ini akan menubuhkan Lembaga Siasatan peringkat dalaman untuk mengenal pasti punca-punca kejadian bagi menilai secara profesiona­l dan terperinci berhubung dakwaan tersebut.

“Jika sekiranya terbukti terdapat salah laku dan guna kuasa seperti yang didakwa, pihak TDM akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan arahan Tentera Darat sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Sebagai tindakan, pegawai kanan berkenaan telah dilepaskan daripada tugas pemerintah­an bagi membolehka­n Tentera Darat melaksanak­an siasatan secara telus dan menyeluruh, jelas TDM.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddea­in Jantan memandang serius berkenaan dakwaan terbabit dan akan berusaha mengenal pasti punca kejadian, katanya.

Beliau katanya, tidak akan berkomprom­i terhadap pelaku jika terbukti bersalah tanpa mengira pangkat dan jawatan.

TDM berharap agar semua pihak tidak menularkan laporan berkenaan dan tidak meninggalk­an sebarang komen negatif yang boleh mengganggu proses siasatan sehingga selesai dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia