Utusan Borneo (Sarawak)

Galeri Mahkamah Sarawak dirasmikan

Ia mercu tanda pengetahua­n undang-undang dan inspirasi generasi akan datang

- Oleh Hafizah Abdul Hamid Tan Sri Abdul Rahman Sebli Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Ia bakal menyediaka­n pelajar dengan pandangan tentang prinsip keadilan dan kerja dalaman sistem perundanga­n.

KUCHING: Galeri Mahkamah Sarawak di Kompleks Mahkamah Kuching di sini yang dilancarka­n secara rasminya semalam akan menjadi mercu tanda pengetahua­n undangunda­ng dan inspirasi untuk generasi akan datang.

Dirasmikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli, galeri tersebut merupakan lanjutan daripada Muzium Kehakiman Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu, Sabah.

Abdul Rahman ketika berucap semasa majlis pelancaran itu berkata, selain memaparkan kepentinga­n sejarah perundanga­n di negeri ini, Galeri Mahkamah Sarawak juga berfungsi sebagai hab pendidikan dan sumber inspirasi untuk generasi akan datang.

“Ia bakal menyediaka­n pelajar dengan pandangan tentang prinsip keadilan dan kerja dalaman sistem perundanga­n.

“Ini sekali gus mencetuska­n minat dan memupuk semangat pelajar dalam bidang undang-undang dan advokasi,”

ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Galeri Mahkamah Sarawak merupakan bukti dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada keadilan.

Ia katanya, menawarkan gambaran sekilas tentang pembanguna­n rangka kerja undang-undang dan usaha tanpa henti dari nenek moyang terdahulu yang telah mempertaha­nkan integriti badan kehakiman.

Justeru menerusi pelancaran galeri ini katanya, ia bakal memastikan legasi dan sumbangan nenek moyang undang-undang terdahulu terhadap pembanguna­n Badan Kehakiman Sarawak tidak akan dilupakan.

Galeri Mahkamah Sarawak mempamerka­n sejarah kehakiman dan perundanga­n negeri menerusi pelbagai dokumen serta pameran yang menjejaki evolusi mahkamah di Sarawak daripada asalusulny­a yang sederhana, hingga ia menjadi tonggak keadilan pada masa kini.

Beberapa item di pameran ini didermakan oleh keluarga tokoh pengamal undang-undang terdahulu, bertujuan mengingatk­an orang ramai akan kesan undang-undang yang berkekalan dalam membentuk masyarakat.

Hadir sama semasa majlis, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, Pengarah Mahkamah Negeri Sarawak Steve Ritikos dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Mary Lim Thiam Suan.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? KAGUM: (Dari dua kiri) Abang Iskandar, Abdul Rahman, Mary Lim dan Steve melihat item yang dipamerkan di Galeri Mahkamah Sarawak selesai majlis pelancaran semalam.
— Gambar Roystein Emmor KAGUM: (Dari dua kiri) Abang Iskandar, Abdul Rahman, Mary Lim dan Steve melihat item yang dipamerkan di Galeri Mahkamah Sarawak selesai majlis pelancaran semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia