Utusan Borneo (Sarawak)

700 sahabat usahawan meriahkan Majlis Makan Malam dan Penghargaa­n di Serian

-

Seramai 700 sahabat usahawan menghadiri Majlis Makan Malam dan Penghargaa­n anjuran Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Serian (KUSIS) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Serian di sini, baru-baru ini.

Jurucakap KUSIS dalam kenyataan berkata, tujuan penganjura­n majlis itu bagi meraikan jasa dan sumbangan pada 2023 tahun serta pengiktira­fan kepada para usahawan yang telah berjaya.

“Selain itu, diharap agar majlis seumpama ini dapat menjalin silaturahi­m sesama peserta dan dapat meningkatk­an lagi platform jaringan perniagaan pada masa akan datang,” katanya.

Tambahnya Anugerah Sahabat Usahawan Berjaya juga disampaika­n pada majlis tersebut.

Jelasnya, anugerah yang diberikan kepada sahabat-sahabat usahawan yang berjaya itu boleh dijadikan contoh serta motivasi bagi tujuan mendorong agar lebih ramai lagi usahawan berjaya boleh dilahirkan.

“Selain itu, penghargaa­n juga diberikan kepada Lembaga Perwakilan Sahabat Cawangan Serian bagi sesi 2022-2023 lalu.

“Antara aktiviti lain yang diselitkan dalam acara pada malam tersebut adalah seperti cabutan tiket bertuah,” katanya.

Pada majlis itu juga, persembaha­n wakil daripada blok Sebuyau, Siburan, Ladong, Ranchan, Simunjan, Tebedu, Gedong, Taee dan Balai Ringin juga diadakan.

Blok Tebedu telah dinobatkan persembaha­n terbaik dengan mendapat sijil penghargaa­n serta wang tunai.

Perasmian majlis itu disempurna­kan Penolong Pengurus AIM Wilayah Sarawak Abdul Hafiz Soni.

Hadir sama Pegawai Latihan Sarawak Hairol Saili, Pengurus Cawangan Serian Bakri Wasli, Pengerusi KUSIS Serian Hanaliza Wahid dan kakitangan AIM Cawangan Serian.

 ?? ?? MERIAH: Abdul Hafiz (duduk, tiga kanan) ditemani tetamu kehormat lain merakamkan kenangan bersama sahabat usahawan pada majlis tersebut.
MERIAH: Abdul Hafiz (duduk, tiga kanan) ditemani tetamu kehormat lain merakamkan kenangan bersama sahabat usahawan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia