Utusan Borneo (Sarawak)

Penanaman kopi mampu jana ekonomi

Edwin galak penduduk Selangau ambil inisiatif untuk memanfaatk­an tanah terbiar

- Oleh Andy Sabang Ahli Parlimen Selangau

SIBU: Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta memulakan langkah progresif dengan menggalakk­an penanaman kopi di kawasannya sebagai strategi untuk meningkatk­an ekonomi penduduk rumah panjang.

Edwin berkata, penanaman kopi bukan sekadar memberi peluang kepada penduduk meningkatk­an pendapatan, malah memanfaatk­an tanah terbiar.

Katanya, selain faktor bentuk muka bumi, tanam kopi sangat sesuai diusahakan kerana tidak memerlukan pelaburan besar seperti penyediaan jalan, tanah tidak perlu diteres serta tidak memerlukan pengangkut­an khas kerana buah kopi tidak bertandan.

“Sehingga kini sebanyak 15,000 pohon anak kopi jenis ‘Liberica’ untuk fasa pertama telah diagihkan kepada penduduk di Selangau.

“Anak pokok kopi ini dibekalkan oleh syarikat bersepadu dengan memiliki tapak semaian sendiri.

“Biji kopi selepas dituai dan diproses akan dieksport ke China, Taiwan dan Australia di bawah jenama ‘Tropical Coffee’ bagi memenuhi permintaan eksport sebanyak 18,000 kilogram sebulan. Jumlah itu bagaimanap­un masih tidak mencukupi,” katanya di sini, semalam.

Edwin berkata, penanaman kopi di Selangau akan diusahakan menggunaka­n

konsep seakan-akan ladang kontrak, di mana syarikat yang membekalka­n anak pokok kopi akan membeli semula biji kopi terbabit.

Selain itu jelasnya, harga anak pokok kopi turut diberikan subsidi iaitu serendah RM15 berbanding harga asal RM22.

Edwin turut memberitah­u, pusat pengumpula­n juga akan dibina dan diperluask­an setelah tanaman kopi tersebut mengeluark­an hasil.

“Penduduk rumah panjang juga digalakkan membuka

koperasi atau pusat pengumpula­n hasil sendiri bagi membolehka­n biji kopi yang sudah dituai dikumpul sebelum dihantar ke kilang di Kuching,” jelasnya.

Tambah beliau, pertubuhan peladang turut memiliki ejen dan pusat pengumpula­n sendiri di Jakar, Sarikei.

Bercakap lanjut, Edwin menyatakan keyakinann­ya inisiatif itu bukan sahaja dapat memberi pendapatan pasif daripada tanah terbiar, tetapi juga memberi manfaat

jangka panjang dengan kebun kopi ditanam bersama tanaman lain seperti pisang, petai atau betik.

Mengimbau kunjungan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg ke Selangau pada 8 Disember tahun lalu, Edwin memberitah­u beliau telah mencadangk­an penanaman kopi ditanam di kawasan Parlimen Selangau, selain turut memohon sokongan Jabatan Pertanian untuk memperluas­kan inisiatif itu.

Beliau turut berjanji untuk membantu penduduk Selangau yang berminat menanam kopi dengan menyediaka­n harga subsidi sebagai insentif.

“Saya percaya inisiatif ini akan membawa manfaat ekonomi jangka panjang kepada kawasan Selangau dan berpotensi menjadi komoditi utama selepas kelapa sawit dalam pasaran kopi dunia yang sedang berkembang pesat,” katanya sambil menambah pokok kopi mula mengeluark­an hasil selepas dua hingga empat tahun penanamann­ya selama 40 tahun.

“Saya percaya inisiatif ini akan membawa manfaat ekonomi jangka panjang kepada kawasan Selangau dan berpotensi menjadi komoditi utama selepas kelapa sawit dalam pasaran kopi dunia yang sedang berkembang ” pesat. Edwin Banta

 ?? ?? TINGKAT PENDAPATAN: Program penyerahan anak pokok kopi kepada 66 keluarga di kawasan Tamin dan Oya Tengah, Selangau baru-baru ini.
TINGKAT PENDAPATAN: Program penyerahan anak pokok kopi kepada 66 keluarga di kawasan Tamin dan Oya Tengah, Selangau baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia