Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Miri anjur ceramah mengenai amalan kitar semula pada Sabtu ini

-

Orang ramai dipelawa menghadiri ceramah ‘Bicara Sarawak Lestari: Pengenalan terhadap Dunia Kitar Semula’ anjuran Eye 1 Recycle Miri pada Sabtu ini.

Pustaka Negeri Sarawak, Miri (Pustaka Miri) berkata, program akan bermula jam 2 hingga 4 petang di tingkat 1 West Court, Bintang Megamall.

“Ceramah ini diadakan bersempena dengan Hari Bersama Pelanggan Pustaka Miri dan salah satu insiatif pihak pustaka dalam memperkasa­kan Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDG) di Sarawak khususnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, penganjura­n ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang kepentinga­n mengenali dan mempelajar­i cara untuk mengitar semula.

Selain daripada itu, ceramah ini dapat membantu orang awam untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dan seterrusny­a dapat membantu mengekalka­n keharmonia­n dan kebersihan di kawasan sekeliling.

“Dengan adanya ceramah ini, orang awam dapat melatih diri untuk mempraktik­kan budaya mengitar semula tidak kira generasi tua dan muda.

“Pustaka Miri berharap agar orang awam dapat memperoleh sedikit sebanyak ilmu pengetahua­n dan pada masa yang sama dapat belajar dan memahami tentang kepentinga­n memupuk semangat cintakan alam sekitar,” jelasnya.

Mereka dijemput hadir dan pendaftara­n penyertaan boleh dilakukan di pautan https://forms.gle/LtzwAW EvNJXCQWQZ­7 atau imbas kod QR pada poster.

Ceramah tersebut akan disampaika­n Pengurus Eye 1 Recycle Sdn Bhd Miri Brian Chia.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pihak penganjur di talian 085-422 525.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukaka­n kepada pegawai Pustaka Miri Dorithy Dela Lawrence, Muhammad Annwar Adenan, Zuwahir Ilias dan Suzanna atau layari saluran media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia