Utusan Borneo (Sarawak)

Lembah Limbang dikenal pasti untuk pengeluara­n padi

Teknologi moden akan dimanfaatk­an untuk membolehka­n kawasan itu mengeluark­an padi berkualiti: Abang Johari

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Lembah Limbang dikenal pasti sebagai satu lagi kawasan pengeluara­n padi di Sarawak yang akan menggunaka­n teknologi moden.

“Kami telah berbincang dalam pertemuan dan rundingan kita kenal pasti Lembah Limbang dari dulu sebagai kawasan pengeluara­n padi berkualiti, begitu juga dengan kawasan lain.

“Kita mesti bekerjasam­a dengan pakar dalam alQuran yang menyebut mesti ada kesesuaian ilmu bagi orang yang berilmu dan para pentadbir, (justeru) hasil kerjasama dengan orang yang berilmu, di Simunjan padi boleh dikeluarka­n dalam masa 24 bulan lima musim dan menghasilk­an satu hektar lapan tan, berbanding sekarang hanya 1.2 tan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-63 di Dewan Suarah Limbang, kelmarin.

Turut hadir, isteri Abang Johari Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­nWilayahDa­tuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi,

Kami telah berbincang dalam pertemuan dan rundingan kita kenal pasti Lembah Limbang dari dulu sebagai kawasan pengeluara­n padi berkualiti, begitu juga dengan kawasan lain.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha dan kenamaan lain.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak menuju ke arah era baharu untuk menyelesai­kan masalah perubahan iklim disebabkan

oleh pengeluara­n karbon dengan menghasilk­an tenaga hijau yang boleh diperbahar­ui daripada air.

“Inilah yang dilaksanak­an kerajaan Sarawak dan apabila kita mempunyai ekosistem yang baharu,

kita menumpukan apa yang diperlukan manusia ialah tenaga untuk kita menjayakan pembanguna­n ekonomi kita,” katanya lagi.

Dalam perkembang­an lain, beliau menggesa umat Islam mengukuhka­n perpaduan dan meningkatk­an ilmu kerana ia penting bagi umat Islam memperkuku­h kerjasama dan meningkatl­an kemahiran dan kepakaran.

“Kita melatih anak-anak Islam dan pegawai dihantar ke Oxford, England, mereka mempunyai kemudahan cara hidup di barat dan timur, memajukan masyarakat Islam sejajar dengan konsep Sarawak yang maju dan makmur,” katanya.

Ujar beliau lagi, Sarawak mempunyai pendekatan mengurus yang baik yang menyaksika­n negeri ini dibangunka­n oleh pemimpin lepas dan diteruskan oleh pemimpin sekarang yang membawa kepada perubahan ekonomi dan iklim.

Katanya lagi, masa depan ditentukan generasi muda dengan memanfaatk­an masa yang ada, sekali gus menjadikan pegangan Islam untuk menyumbang kepada pembanguna­n masyarakat terutama di Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

 ?? ?? RASMI: Abang Johari disaksikan (dari tiga kiri) Dr Abdul Rahman, Misnu, Awang Tengah, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Hasbi merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-63 di Dewan Suarah Limbang, kelmarin.
RASMI: Abang Johari disaksikan (dari tiga kiri) Dr Abdul Rahman, Misnu, Awang Tengah, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Hasbi merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-63 di Dewan Suarah Limbang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia